Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) Januari 2020

Jawatan kosong kerajaan terkini di Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) januari 2020. Permohonan dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang bermastautin di Sarawak dan mempunyai kelayakan untuk mengisi jawatan berikut:

1. ARKITEK J41

Tarikh tutup permohonan pada 17 Januari 2020
Lokasi : DBKU, Kuching Sarawak.
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) Januari 2020

1 a) Jawatan: Arkitek J41

b) Jabatan: Dewan Bandaraya Kuching Utara
c) Kumpulan Perkhidmatan: Pengurusan dan Profesional
d) Klasifikasi Perkhidmatan: Perkhidmatan Kejuruteraan
e) Bahagian Yang Memerlukan: Bahagian Bangunan


2. Jadual Gaji Arkitek Gred J41:-

Gaji Minimum : RM 2,529.00
Gaji Maksimum : RM 9,643.00

3. Skop Tugas Utama

Merancang, mereka bentuk bangunan baru, menerima dan mengkaji ringkasan projek (project’s brief) melawat tapak projek, menyedia lukisan, lakaran reka bentuk (sketch drawings) reka bentuk terperinci, lukisan kerja (working drawings) dan penentuan (specifications)

4. Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

a) Warganegara Malaysia;

b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

c) Ijazah Sarjana Muda Seni Bina yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[Gaji permulaan ialah pada : RM 2,736.28] dan

d) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurangkurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

Taraf Jawatan : Kontrak

5. Kenaikan Pangkat Ke Gred J44 Bagi Lantikan Tetap

Permohonan daripada Arkitek Gred J41 dari kalangan kakitangan awam adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Arkitek Gred J44 yang kosong sekiranya telah :

(a) Disahkan dalam perkhidmatan

(b) Mencapai tahap prestasi yang ditetapkan

(c) Memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan

(d) Diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.

Taraf Jawatan : Tetap

Cara Memohon:

Calon yang berminat dan memenuhi syarat-syarat seperti pada para (4) atau (5), adalah dipelawa untuk menghantar permohonan dengan menulis surat yang mengandungi butir-butir peribadi, kelayakan akademik, pengalaman kerja beserta sijil-sijil yang telah disahkan dan sekeping gambar berukuran pasport (tidak dikembalikan) kepada:-

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Dewan Bandaraya Kuching Utara
Tingkat 3, Bangunan DBKU
Bukit Siol, Jalan Semariang
Petra Jaya, 93050 Kuching


Pemohon daripada kakitangan kerajaan hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing berserta dengan perkara berikut:-

a) Laporan Sulit

b) Laporan Penilaian Prestasi bagi tiga (3) tahun terakhir

c) Salinan Kenyataan Perkhidmatan

Tarikh Tutup Permohonan : 17 Januari 2020

Catatan Am :

(i) Permohonan yang tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan dan tidak memberi maklumat dengan lengkap tidak akan dipertimbangkan.

(ii) Hanya calon-calon yang layak selepas disenaraitapis sahaja yang akan dipanggil untuk temuduga.

(iii) Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan 5 adalah dianggap tidak berjaya.
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong