Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Pusat Pembangunan Reka Bentuk Malaysia Sdn Bhd (DDEC) 2020

Jawatan kosong terkini di Pusat Pembangunan Reka Bentuk Malaysia Sdn Bhd (DDEC) ambilan Februari 2020. Pusat Pembangunan Reka Bentuk Malaysia Sdn Bhd (DDEC) anak syarikat Majlis Amanah Rakyat (MARA), adalah syarikat yang ditubuhkan untuk menerajui pembangunan reka bentuk dan kreativiti di Malaysia. DDEC menyediakan perkhidmatan reka bentuk, pembangunan produk dan perkhidmatan latihan kepada usahawan. DDEC mempelawa calon-calon yang berkelayakan, berpengalaman dan proaktif untuk memohon jawatan sebagai :

1. Ketua Pegawai Eksekutif DDEC

Tarikh tutup permohonan pada 07 Februari 2020
Lokasi penempatan : DDEC Kuala Lumpur
Sektor : Berkanun

Jawatan Kosong Pusat Pembangunan Reka Bentuk Malaysia Sdn Bhd (DDEC) 2020

KELAYAKAN DAN PENGALAMAN
  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak lebih dari 55 tahun pada tarikh tutup permohonan;
  • Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf atau kelayakan yang setara dengannya.
  • Pengalaman bekerja melebihi 10 tahun dalam bidang Pengurusan dan Pentadbiran syarikat serta mempunyai latar belakang dalam bidang Perniagaan/ Pemasaran/ Kewangan/ Perakaunan atau berkaitan. Keutamaandiberikan kepada calon yang mempunyai latar belakang dalam bidang Industri Kreatif & Reka Bentuk;
  • Mempunyai prestasi cemerlang, memiliki sifat-sifat kepimpinan yang dinamik, berwawasan, mempamerkan keupayaan pemikiran baru yang strategik, proaktif serta menunjukkan kepimpinan yang baik di dalam membuat keputusan dan dasar. Berkebolehan untuk mengurus hal-hal Pentadbiran, Kewangan, Sumber Manusia dan Aset bagi mencapai objektif syarikat; dan
  • Calon yang mempunyai “Business Networking” yang baik, daya pemikiran yang inovatif, nilai integriti yang tinggi, kemahiran komunikasi yang baik dan mempunyai ciri-ciri keusahawanan digalakkan memohon.
DESKRIPSI TUGAS

Jawatan ini merupakan jawatan utama dan pegawai adalah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas pelan strategik, integriti organisasi, pengurusan risiko dan melaksanakan polisi syarikat serta mempunyai peranan yang besar terhadap perjalanan keseluruhan dan kejayaan organisasi.

TERMA DAN SYARAT

Jawatan ini berstatus kontrak. Gaji, elaun, terma dan syarat jawatan yang lain adalah tertakluk kepada pertimbangan dan kelulusan Ahli Lembaga Pengarah Syarikat.

CARA MEMOHON

Bagi calon yang memenuhi syarat-syarat berkenaan, sila kemukakan :

Resume/Curriculum Vitae (CV) yang lengkap mengandungi maklumat peribadi, kelayakan akademik (sertakan salinan sijil yang berkaitan), pengalaman kerja, gaji dimohon dan sekeping gambar bersaiz passport kepada:

Pengurus Kanan Kewangan & Pentadbiran
Pusat Pembangunan Reka Bentuk Malaysia Sdn Bhd
No 22 Jalan Kia Peng, 50450 Kuala Lumpur


T • 03 2161 9002 F • 03 2161 9003 E • nafisah@ddec.my / aina@ddec.my
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong