Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong DBKL ‒ Tarikh Tutup 20 Januari 2020

Jawatan kosong kerajaan terkini di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Januari 2020. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebagai Pekerja Sambilan Harian (PSH) sepertimana berikut:

1. PEGAWAI TADBIR
2. JURUTERA AWAM

Tarikh tutup permohonan pada 20 Januari 2020
Lokasi penempatan : DBKL Kuala Lumpur
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong DBKL ‒ Tarikh Tutup 20 Januari 2020

JAWATAN : PEGAWAI TADBIR

TARAF JAWATAN : PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PSH)
JANTINA : LELAKI/WANITA
KADAR UPAH : *RM100.00 SEHARI
(*TERTAKLUK KEPADA PENCAPAIAN KPI HARIAN)

TEMPOH PERKHIDMATAN : TIGA (3) BULAN
WAKTU BEKERJA : Sembilan (9) jam sehari termasuk waktu rehat dengan ditetapkan waktu masuk dan waktu balik oleh Ketua Jabatan.

SYARAT LANTIKAN

(1) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) (i) Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

(ii) Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


JAWATAN : JURUTERA AWAM

TARAF JAWATAN : PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PSH)
JANTINA : LELAKI/WANITA
KADAR UPAH : *RM100.00 SEHARI
(*TERTAKLUK KEPADA PENCAPAIAN KPI HARIAN)

TEMPOH PERKHIDMATAN : TIGA (3) BULAN
WAKTU BEKERJA : Sembilan (9) jam sehari termasuk waktu rehat dengan ditetapkan waktu masuk dan waktu balik oleh Ketua Jabatan.

SYARAT LANTIKAN

(1) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(i) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

UMUR

Calon-calon hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan.

CARA MEMOHON

(i) Kelayakan dan syarat permohonan jawatan kosong ini boleh didapati dengan melayari laman web rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur iaitu www.dbkl.gov.my dan permohonan hendaklah dikemukakan secara ONLINE SAHAJA dengan menggunakan Sistem ePengambilan DBKL (apps.dbkl.gov.my/epengambilan), sila ke pautan link yang diberikan di bawah.

(ii) Pemohon-pemohon yang mempunyai Ijazah, Diploma dan Sijil dari Institusi Pengajian Tinggi Swasta dan luar negara hendaklah menyemak pengiktirafan di laman web https://app.mohe.gov.my/iktiraf/semakan.php atau http://www2.mqa.gov.my/mqr/

(iii) Pemohon TIDAK PERLU MENGHANTAR salinan Ijazah, Diploma dan Sijil-sijil atau resume sehingga dihubungi untuk temu duga.

CATATAN

(i) Borang Permohonan secara online yang tidak lengkap akan ditolak.

(ii) Hanya calon-calon yang layak selepas disenarai pendek sahaja akan dipanggil ke peringkat seterusnya.

(iii) Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas ENAM (6) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan tuan/puan tidak berjaya.

TARIKH IKLAN DISIARKAN : 13 JANUARI 2020 (ISNIN)

TARIKH TUTUP IKLAN : 20 JANUARI 2020 (ISNIN)


SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI

03-2617 9622/9621/9613/9608/9604

JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong