Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Tawaran Mengikuti Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak (TABIKA/TASKA) Tahun 2020

Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon mengikuti Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak (Tabika/Taska) (SPAKK) Tahun 2020.




1. SYARAT DAN KELAYAKAN


1.1 Calon hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak melebihi 35 tahun pada tarikh tutup iklan;
(c) diploma dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan; dan
(d) Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

1.2 Terbuka kepada calon lelaki atau perempuan.
1.3 Telah menamatkan pengajian dan mempunyai diploma serta transkrip.
1.4 Nilai CGPA 2.70 ke atas.
1.5 Tidak berkhidmat sebagai kakitangan tetap kerajaan.

Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak (TABIKA/TASKA) SPAKK - KEMAS
Kembali ke atas


2. MAKLUMAT ASAS KURSUS


2.1 Tempat : Institut / Pusat Latihan KEMAS
2.2 Tempoh : Tiga (3) bulan atau tertakluk kepada perubahan yang ditetapkan oleh Jabatan
2.3 Kursus ini bukanlah satu jaminan kepada calon untuk dilantik sebagai kakitangan kontrak KEMAS. Sekiranya dilantik, calon akan ditempatkan mengikut keperluan dan kekosongan di seluruh negeri.
Kembali ke atas


3. CARA MEMOHON


3.1 Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian di https://kis.kemas.gov.my/ mulai 26 Disember 2019;
3.2 calon tidak dibenarkan untuk mengisi lebih daripada satu permohonan;
3.3 permohonan yang lewat diterima atau tidak mengikut syarat yang dinyatakan akan ditolak;
3.4 hanya permohonan yang dibuat secara atas talian di sahaja yang akan diterima.
Kembali ke atas


4. TARIKH TUTUP PERMOHONAN

: 09 Januari 2020 (Khamis)
Kembali ke atas


5. PANGGILAN TEMUDUGA


5.1 hanya calon yang layak sahaja akan dipanggil untuk sesi temu duga.
5.2 calon yang tidak dihubungi selepas tiga (3) bulan daripada tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya. Surat pemberitahuan tidak akan dikeluarkan oleh Jabatan.
Kembali ke atas


Muat turun iklan dan syarat kelayakan disini

Permohonan mengikuti kursus secara online disini
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong