Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) - Tarikh Tutup 11 Disember 2019

Jawatan kosong universiti terkini di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Disember 2019. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan secara SEMENTARA / TETAP seperti berikut :

1. Arkitek J41
2. Penolong Akauntan W29
3. Pembantu Hal Ehwal Islam S19
4. Pemandu Kenderaan H11

Tarikh tutup permohonan UTHM pada 11 Disember 2019
Lokasi : Johor
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) - Tarikh Tutup 11 Disember 2019


1. PENETAPAN GAJI PERMULAAN

Gaji permulaan yang lebih tinggi pada Jadual Gaji Minimum Maksimum (JGMM) boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik UTHM berasaskan kepada kelayakan, pengalaman kerja atau kemahiran yang mana berkaitan.

2. IMBUHAN DAN ELAUN BERKAITAN (BERDASARKAN GRED GAJI)

Antara Imbuhan yang diberikan adalah termasuk Imbuhan Tetap Perumahan / Imbuhan Tetap Keraian / Imbuhan Tetap Khidmat Awam / Imbuhan Tetap Gred Khas dan lain-lain elaun yang berkuat kuasa.

3. SYARAT KEWARGANEGARAAN DAN UMUR (PADA TARIKH TUTUP IKLAN)

Pemohon hendaklah terdiri daripada warganegara Malaysia dan calon-calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan tidak lebih 54 tahun pada tarikh lantikan.

4. CARA MEMOHON

(a) Permohonan adalah secara atas talian (online) sepenuhnya (sila klik pada pautan link yang telah diberikan di bawah). Sila patuhi arahan-arahan berkaitan.

(b) Borang Permohonan serta salinan dokumen sokongan berkaitan jawatan yang dipohon TIDAK PERLU dikemukakan kepada pihak UTHM. Hanya calon yang dihubungi oleh pihak UTHM sahaja perlu mengemukakan dokumen sokongan berkaitan.

(c) Sebarang pertanyaan sila kemukakan secara e-mel kepada perjawatan@uthm.edu.my.

5. TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Permohonan secara atas talian perlu dikemukakan sebelum atau selewatnya pada 11 Disember 2019 (Rabu) Sebelum Jam 3.00 Petang

6. KETERANGAN AM

(a) Hanya calon yang berjaya di senarai pendek sahaja akan dihubungi bagi tujuan pemilihan/temu duga.

(b) Calon yang tidak dihubungi sehingga tamat tempoh sahlaku permohonan hendaklah beranggapan bahawa permohonan TIDAK BERJAYA.

(c) TEMPOH SAHLAKU permohonan adalah selama sembilan (9) bulan dari tarikh tutup permohonan yang telah ditetapkan.

Iklan dan permohonan jawatan secara online disini
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong