Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Universiti Putra Malaysia (UPM) - Tarikh Tutup 13 Disember 2019

Jawatan kosong kerajaan terkini di Universiti Putra Malaysia (UPM) Disember 2019. Dimaklumkan Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan (CEM), UPM mengalu-alukan warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon jawatan Pekerja Sambilan Harian (PSH) bagi tahun 2020.

Klasifikasi : Perkhidmatan Pentadbiran dan Sokongan
Kumpulan : Sokongan
Taraf Jawatan : Pekerja Sambilan Harian (PSH)
Jadual Gaji : RM54.00 sehari
Tempoh Lantikan : Tiga (3) bulan sahaja

Jawatan Kosong Universiti Putra Malaysia (UPM) Disember 2019


SYARAT LANTIKAN:
Calon bagi lantikan PSH hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a) Warganegara Malaysia
b) Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia.
c) Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan.
d) Mendapat Kepujian dalam Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan mendapat Kepujian dalam Empat (4) mata pelajaran lain berkaitan diperingkat SPM
e) Keutamaan diberikan kepada calon yang berkebolehan Graphic Design, kreatif, mempunyai kemahiran menggunakan perisian adob ilustratror/photoshop dan lain-lain.

CARA MEMOHON:

Permohonan hendaklah dibuat dengan dengan menghantar Borang Permohonan Jawatan Kumpulan Sokongan (SOK/BUM/BR03/Jawatan 02) yang diisi dengan lengkap beserta resume dan sijil/dokumen yang berkaitan kepada:

Pengarah
Pusat Pembangunan Keusahawanan & Kebolehpasaran Graduan (CEM)
Kompleks Mahasiswa
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang


TARIKH TUTUP:

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan ke alamat di atas TIDAK LEWAT dari 13 Disember 2019 (Jumaat).

PERHATIAN:

(a) Permohonan yang tidak lengkap diisi, lewat diterima atau tidak mengikut peraturan memohon akan menyebabkan permohonan tidak dilayan;

(b) hanya calon-calon yang dipilih dalam penyaringan dan diperakui sahaja akan dipanggil temuduga; dan

(c) permohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh tiga (3) minggu dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

Pusat Pembangunan Keusahawanan & Kebolehpasaran Graduan
Tingkat 1, Kompleks Mahasiswa
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang.
03-97691319/1336

Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong