Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) Januari 2020

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) yang ditubuhkan oleh Parlimen di bawah Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 merupakan sebuah institusi kebangsaan hak asasi manusia yang dipertanggungjawab untuk memupuk kesedaran dan mempertahankan hak asasi manusia. SUHAKAM ingin mempelawa warga Negara Malaysia yang berinovatif, berdedikasi dan berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong seperti berikut:

1. JAWATAN : KETUA PENOLONG SETIAUSAHA GRED 48
PEJABAT PESURUHJAYA KANAK-KANAK

Tanggagaji : RM5,206.00 dan elaun sebanyak RM1,550.00 sebulan
Taraf Jawatan : Kontrak
Lokasi Penempatan : Kuala Lumpur (Ibu Pejabat)

Jawatan Kosong Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) Januari 2020

Kelayakan :

i. Ijazah Sarjana Muda atau Sarjana dalam bidang Undang-undang, Hubungan Antarabangsa, Sains Sosial atau mana-mana bidang setaraf dari universiti dan pusat pengajian yang diiktiraf oleh Suruhanjaya;

ii.Mempunyai pengalaman bekerja sekurang-kurangnya 5 tahun dan mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam bidang yang berkaitan dengan hak kanak-kanak, undang-undang antarabangsa dan keadilan sosial serta mempunyai pengalaman dalam prosedur pentadbiran dan kewangan kerajaan;

iii. Kelebihan diberikan kepada calon yang mempunyai pengalaman dan mempunyai pengetahuan praktikal mengenai hak kanak-kanak terutamanya dalam triti hak asasi manusia antarabangsa seperti Konvensyen mengenai Hak Kanak-Kanak, dan perundangan kanak- kanak serta prosedur perlindungan kanak-kanak di Malaysia;

iv. Kredit dalam Bahasa Malaysia (termasuk Ujian Lisan) dan Bahasa Inggeris di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh Suruhanjaya;

v. Mempunyai kemahiran dalam penulisan laporan dan boleh bertutur dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan baik; dan

vi. Mampu bekerja secara berpasukan dan di bawah penyeliaan yang minimal.

Tanggungjawab Ketua Penolong Setiausaha (Ketua Bahagian) Pejabat Pesuruhjaya Kanak-kanak akan bertanggungjawab antara lain, untuk tugas-tugas berikut:

i. Bertanggungjawab ke atas pengurusan harian pegawai dan kakitangan yang diselia di Pejabat Pesuruhjaya Kanak-Kanak;

ii. Membangunkan, melaksanakan dan memantau Pelan kerja tahunan serta mengawal urusan perbelanjaan Pejabat Pesuruhjaya Kanak-Kanak;

iii. Menyediakan kertas dasar dan laporan penyelidikan yang dapat mempengaruhi dasar dan undang-undang kerajaan berkaitan dengan isu hak asasi manusia, terutamanya hak kanak-kanak;

iv. Merancang dan menganjurkan seminar, konferen dan perbincangan meja bulat dengan pihak-pihak yang berkepentingan yang berkaitan dengan isu-isu hak kanak-kanak;

v. Mewujudkan rangkaian dan hubungan baik dengan pelbagai pihak yang berkepentingan seperti agensi kerajaan, organisasi masyarakat sivil, sektor swasta dan orang awam secara keseluruhan; dan

vi. Mewakili Suruhanjaya semasa mesyuarat berkaitan dengan kerja di Pejabat Pesuruhjaya Kanak-Kanak.

Kekosongan Jawatan : 1 kekosongan

Cara Memohon

Bagi calon-calon yang berminat boleh mengemukakan surat permohonan yang mengandungi maklumat diri beserta salinan sijil-sijil akademik dan salinan Kad Pengenalan yang telah disahkan serta sekeping gambar berukuran pasport (tidak dikembalikan) sebelum atau pada 10 Januari 2020 (Jumaat) kepada:

Setiausaha
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia
Tingkat 11, Menara TH Perdana,
1001 Jalan Sultan Ismail 50250 Kuala Lumpur.
Laman Web: www.suhakam.org.my
(U.P.: Unit Pengurusan Sumber Manusia)

Sila nyatakan jawatan yang dipohon di sebelah penjuru kiri sampul surat. Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk sesi temuduga.
Ketua Penolong Setiausaha Gred 48
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong