Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) - Tarikh Tutup 15 Disember 2019

Jawatan kosong terkini di Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) Disember 2019. Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) dengan ini mempelawa calon-calon warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan seperti berikut:

1. PENYELIA ASRAMA(LELAKI) GRED N19

Tarikh tutup permohonan : 15 Disember 2019
Lokasi : Johor
Sektor : Kerajaan

Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) Disember 2019


Deskripsi Tugas : 

Bertanggungjawab membantu menguruskan tugas-tugas domestik, penginapan dan kelengkapan asrama serta sajian makanan. Memastikan kelengkapan asrama dan dewan makan berada dalam keadaan baik, menyelia dapur dan dewan makan, membuat uji rasa makanan serta menyelia pekerja, peralatan dapur dan asrama.

Bertanggungjawab ke atas pentadbiran dan pengurusan asrama untuk memastikan peraturan asrama dipatuhi. Turut bertanggungjawab menyediakan serta memastikan tempat tinggal penghuni asrama berada dalam keadaan selamat, bersih dan kemas serta merancang anggaran keperluan kewangan dan mengawal perbelanjaan.

SYARAT UMUM PERMOHONAN:

1. Taraf Jawatan : Jawatan bertaraf TETAP

2. Kewarganegaraan dan Umur :
Calon-calon hendaklah warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang dari 18 tahun
pada tarikh tutup permohonan.

3. Dokumen yang diperlukan :
Salinan sijil akademik (sijil/diploma/ijazah) dan sijil-sijil berkaitan yang telah disahkan oleh pegawai GRED A

4. Cara-cara memohon
i. Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan Kosong Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) (sila muat turun di dalam laman sesawang www.marsah.edu.my atau pada pautan link yang diberikan di bawah)
ii. Semua maklumat yang diisi dalam borang hendaklah ditulis dalam HURUF BESAR dengan jelas dan terang.
iii. Sila hantarkan permohonan ke alamat seperti berikut:

BAHAGIAN PENTADBIRAN DAN SUMBER MANUSIA
KOLEJ PENGAJIAN ISLAM JOHOR (MARSAH)
JALAN HEMAN, KG. AMAN, LARKIN JAYA
80350 JOHOR BAHRU
JOHOR DARUL TA’ZIM

iv. Sila tuliskan nama jawatan yang dipohon di penjuru sebelah kiri sampul surat anda.

5. Catatan Am
i. Permohonan yang berikut akan DITOLAK :
(a) Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup
(b) Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan
(c) Tidak menggunakan borang yang telah ditetapkan
(d) Tidak Lengkap atau tidak terang
(e) Tidak disertakan dengan dokumen yang diperlukan
(f) Tidak ditandatangani.
ii. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga.
iii. Segala urusan dan perbelanjaan temuduga ini adalah di bawah tanggungan pemohon sendiri.
iv. Permohonan yang tidak menerima jawapan dalam tempoh tiga (3) bulan selepas iklan jawatan ditutup dianggap tidak berjaya.

6. Tarikh tutup permohonan :
15 Disember 2019 (AHAD)

JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong