Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) – 15 & 18 Januari 2020

Jawatan kosong terkini di Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) Januari 2020. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Majlis Peperiksaan Malaysia sebagai :

Senarai jawatan kosong MPM januari 2020

1. Pegawai Peperiksaan DG41 (Kontrak)
2. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19 (Kontrak)
3. Pengawal Keselamatan Gred KP11 (Kontrak)

Tarikh tutup permohonan pada 15 & 18 Januari 2020
Lokasi Penempatan : Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Batu Cave, Selangor.
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) Januari 2020


Jawatan : Pegawai Peperiksaan Gred DG41 (Kontrak)

Bidang:

(i) Bahasa Inggeris; atau

(ii) Bahasa Melayu

Klasifikasi Perkhidmatan: Perkhidmatan Pendidikan
Kumpulan Perkhidmatan: Pengurusan dan Profesional

Gaji permulaan (Kontrak): RM2,188.00
Elaun:

ITKA : RM300.00
ITP : RM300.00
BSH : RM300.00

* ITKA: Imbuhan Tetap Khidmat Awam ITP: Imbuhan Tetap Perumahan BSH: Bantuan Sara Hidup

Syarat Lantikan Pegawai Peperiksaan DG41

(i) Ijazah Sarjana Muda Dengan Pendidikan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan/luar negara atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dalam bidang Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu.

(ii) kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan

Tarikh tutup permohonan 15 dan 18 Januari 2020

Jawatan : Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19 (Kontrak)

Klasifikasi Perkhidmatan: Perkhidmatan Pentadbiran dan Sokongan
Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana

Gaji permulaan: RM1,352.00
Elaun:

ITKA : RM115.00
ITP : RM300.001
BSH : RM300.00

* ITKA: Imbuhan Tetap Khidmat Awam ITP: Imbuhan Tetap Perumahan BSH: Bantuan Sara Hidup

Syarat Lantikan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19

(i) SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan

(ii) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer dan/atau berkebolehan menaip.

Tarikh tutup permohonan 15 Januari 2020

Jawatan : Pengawal Keselamatan Gred KP11 (Kontrak)

Klasifikasi Perkhidmatan: Perkhidmatan Pentadbiran dan Sokongan
Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana

Gaji permulaan : RM1,205.00
Elaun:
ITKA : RM 95.00
ITP : RM300.00
BISH : RM350.00

Syarat Lantikan

(i) Pentaksiran Tingkatan Tiga/ Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau

(ii) bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel Polis Sokongan atau Prebet atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik.

(iv) calon bagi lantikan dengan kelayakan di perenggan a) hendaklah memiliki Kepujian
(sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;

(iii) mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut.

(a) tinggi sekurang-kurangnya 1.57 m;
(b) berat badan sekurangkurangnya 48kg;
(c) mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
(d) mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79 sm dan semasa menarik nafas 84sm (lelaki sahaja);
(e) lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
(f) pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
(g) diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.

Syarat tambahan:

Keutamaan untuk calon lelaki.

* ITKA: Imbuhan Tetap Khidmat Awam ITP: Imbuhan Tetap Perumahan BISH: Bayaran Imbuhan Sara Hidup


Tarikh tutup permohonan 18 Januari 2020

Cara memohon

Permohon hendaklah mengisi borang permohonan secara online di http://apps.mpm.edu.my/eperjawatan/. atau sila klik pada link yang diberikan di bawah.

Catatan:

(a) Hanya calon yang terpilih akan dihubungi untuk temu duga.

(b) Permohonan yang lewat atau tidak mengikut peraturan akan ditolak.

(c) Permohonan dianggap tidak berjaya sekiranya tidak dihubungi dalam tempoh 14 hari dari tarikh iklan ditutup.

Iklan dan syarat kelayakan disini

Permohonan jawatan secara online disini
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong