Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM) 31 Disember 2019

Jawatan kosong Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM) Disember 2019. Permohonan adalah dipelawa daripada Rakyat DYMM Sultan Perak dan Warganegara Malaysia yang berkelayakan sahaja untuk memenuhi jawatan berikut:-

1. PEGAWAI TADBIR GRED N41/44 (UNDANG-UNDANG)

Tarikh tutup permohonan pada 31 Disember 2019 (Selasa)
Lokasi penempatan : MDTM, Perak.
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM) 31 Disember 2019

1. (a) Jawatan : PEGAWAI TADBIR GRED N41/44 (UNDANG-UNDANG)
    Jumlah Kekosongan : 1

(b) Kementerian / Jabatan / Badan Berkanun/Kuasa Tempatan : Majlis Daerah Tanjong Malim
(c) Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional
(d) Klasifikasi Perkhidmatan : Pentadbiran dan Sokongan (N)
(e) Jadual Gaji : Min RM 2,080.00 – Maksima RM 9,546.00

(f) Syarat Lantikan : 

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(i) Warganegara Malaysia

(ii) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan ;

(iii) Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan : RM 2,283.43) atau

(v) Lulus Peperiksaan Akhir Peguam (Bar Final Examination)

(iv) Kepujian Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengan oleh kerajaan.

2. Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL) Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Tadbir, Penolong Pegawai Tadbir Tanah, Penolong Pegawai Tanah, Penghulu dan Setiausaha Pejabat adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan PSL ke jawatan Pegawai Tadbir Gred N41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan.

(i) Mempunyai kelayakan di atas atau

(ii) Lulus peperiksaan khas

(g) Berumur : (i) 54 tahun bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun
(ii) 56 tahun bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun, dan;
(iii)58 tahun bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun

(h) Taraf Jawatan : Tetap

(i) Penaklukan di bawah syarat-syarat : Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan Pegawai Tadbir Gred N41 adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat keatasnya dari semasa ke semasa.

(j) Deskripsi Tugas : Bertanggungjawab menjalankan tugas perundangan dalam aspek pendakwaan, perbicaraan dan rayuan, nasihat perundangan, penggubal undang-undang, guaman dan hal ehwal antarabangsa.

(k) Cara memohon:-

i. Semua permohonan jawatan yang ditawarkan wajib dipohon melalui sistem permohonan jawatan
kosong di digital perak.com.my. atau sila klik pada pautan link yang diberikan di bawah.

ii. Permohonan yang telah lengkap perlu dicetak dan disahkan beserta dengan salinan sijil dan transkrip atau keputusan peperiksaan yang telah diperolehi, kad pengenalan, sijil kelahiran yang telah disahkan dan sekeping gambar berukuran pasport.

iii. Permohonan daripada calon-calon yang sedang berkhidmat dengan kerajaan/Pihak Berkuasa Tempatan / Badan-Badan Berkanun hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masingmasing mengikut Perintah Am Bab ‘A’ 21. Permohonan yang tidak menurut peraturan dalam borang akan ditolak.

iv. Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar kepada:-

Yang Dipertua,
Majlis Daerah Tanjong Malim
Peti Surat 59,
35900 TANJONG MALIM

Tarikh Tutup Permohonan : 31 DISEMBER 2019

Catatan Am:

i. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

ii. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ini ditutup hendaklah menganggap permohonan tidak berjaya.

Permohonan jawatan secara online disini
Lihat kekosongan jawatan yang lain :
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM !
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah menyertai kami dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong
Ikuti kami di WhatsApp!
Jom sertai kami di WhatsApp channel sekarang untuk info jawatan kosong yang lebih banyak dan terkini.
KLIK DISINI