Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) 31 Disember 2019

Jawatan kosong Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) Disember 2019. Permohonan adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia khususnya kepada rakyat Negeri Johor Darul Ta’zim yang berkelayakan dan berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut di Majlis Agama Islam Negeri Johor.

Jawatan Kosong Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) Seperti berikut:

1. Penolong Pegawai Undang-undang L29
2. Penolong Juruukur Bahan JA29
3. Penolong Akauntan W29
4. Penolong Juruaudit W29
5. Pembantu Tadbir (Kewangan) W19

Tarikh tutup permohonan pada 31 Disember 2019
Lokasi penempatan : MAIJ Johor Bahru, Johor.
Sektor : Kerajaan
Jawatan Kosong Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) 31 Disember 2019

CARA PERMOHONAN

(a) Semua permohonan jawatan kosong yang ditawarkan di Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) hendaklah dibuat secara online dengan menggunakan laman sesawang yang telah disediakan oleh pihak MAINJ iaitu http://johorcareer.johor.gov.my

Sila pastikan anda login/register dan mengisi semua maklumat diri anda dengan lengkap dan tepat bagi memastikan permohonan anda diterima dan dinilai sebaiknya oleh majikan.

Adalah dimaklumkan bahawa, semua pemohon pekerjaan dalam sistem johorcareer dinasihatkan agar mengemaskini maklumat nombor telefon dan emel bagi melancarkan urusan hebahan panggilan temu duga. Kesilapan mengisi maklumat tersebut akan menyebabkan hebahan panggilan temu duga tidak dapat diterima oleh calon.

NOTA/CATATAN AM :

(a) Hanya calon -calon yang layak selepas tapisan dan didapati sesuai sahaja akan dipanggil /dihubungi untuk ditemuduga.

(b) Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka TIDAK BERJAYA.

(c) Segala perbelanjaan kerana menghadiri temuduga adalah tanggungjawab pemohon sendiri.

Iklan dan syarat permohonan selanjutnya disini
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong