Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) - Tarikh Tutup 18 Disember 2019

Jawatan kosong kerajaan terkini di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Disember 2019. Permohonan adalar dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelaykan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebagai :

1. PEMBANTU OPERASI GRED N11
2. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKANAN GRED C41

Tarikh tutup permohonan pada 18 Disember 2019 (Rabu)
Lokasi : Lahad Datu, Sabah dan Nilai, Negeri Sembilan
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Tarikh Tutup 18 Disember 2019.


JAWATAN : PEMBANTU OPERASI GRED N11 (CONTRACT OF SERVICE)

Taraf jawatan : Kontrak (Contract of Service)
Bayaran Gaji : RM1,216.00 Minima
Penempatan : Sabah 1 kekosongan (Lahad Datu)

DESKRIPSI TUGAS

Melaksanakan tugas-tugas untuk membantu melicinkan perjalanan urusan pejabat seharian yang melibatkan pergerakan fail, penghantaran dan pendaftaran surat/ dokumen/ saman/ notis serta pemanduan kenderaan. Memandu dan menyenggara kenderaan adalah meliputi lesen memandu Kelas B2/B/D/E2/E1/E. Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas operasi am bersifat hands-on yang memerlukan keupayaan fizikal di dalam pejabat.

SYARAT PERMOHONAN

1. Warganegara Malaysia;

2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

3. Berkelulusan:

i. Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
(Gaji permulaan ialah pada Gred N11: RM1,216.00); atau

ii. Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan memiliki lesen memandu Kelas B2/B/D/E2/E1/E yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali Lesen Memandu Percubaan (P)].
(Gaji permulaan ialah pada Gred N11: RM1,262.15).

iii. Memiliki kepujian sekurang-kurangnya Gred C dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

JAWATAN : PEGAWAI TEKNOLOGI MAKANAN GRED C41 (CONTRACT OF SERVICE)

Taraf jawatan : Kontrak (Contract of Service)
Bayaran Gaji : RM2,317.00 Minima
Penempatan : Bandar Enstek, Nilai, Negeri Sembilan (18 kekosongan)

DESKRIPSI TUGAS

Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas operasi, kawalan kualiti dan analisis makmal bagi menyokong Skim Pensijilan Halal Malaysia.

SYARAT PERMOHONAN

1. Warganegara Malaysia;

2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

3. Berkelulusan:

i. Ijazah Sarjana Muda Sains kepujian dalam bidang sains makanan, sains dan teknologi  makanan, pengurusan kualiti makanan atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji Permulaan pada Gred C41:RM2,317.00]

ii. Memiliki kepujian sekurang-kurangnya Gred C dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Keutamaan:

4. Calon yang berdaftar dengan Majlis Juruanalisis Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) atau Institut Kimia Malaysia merupakan satu kelebihan.

5. Memiliki sekurang-kurangnya satu (1) tahun pengalaman kerja dalam bidang analisis atau pengurusan makmal.

BAGI MEMOHON KEDUA-DUA JAWATAN DI ATAS, BERIKUT ADALAH CARA MEMBUAT PERMOHON

1. Sila kemukakan resume serta salinan sijil melalui pos ke alamat berikut:

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Aras 6, Blok B, Kompleks Islam Putrajaya
No. 23, Jalan Tunku Abdul Rahman
Presint 3, 62100 PUTRAJAYA


2. Sila tuliskan nama jawatan yang dipohon di sebelah kiri (atas) sampul surat.

3. Sila pastikan alamat e-mel dan nombor telefon untuk dihubungi adalah yang terkini dan aktif.

PERHATIAN
Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk menghadiri temu duga.

JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong