Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Perbadanan Labuan (PL) - Tarikh Tutup 23 September 2019

Jawatan kosong terkini September 2019 di Perbadanan Labuan (PL). Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan, dipelawa untuk memohon jawatan di Perbadanan Labuan seperti berikut :-

1. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F29

Tarikh Tutup Permohonan Pada 23 September 2019
Lokasi : Labuan
Sektor : Berkanun

Jawatan Kosong Perbadanan Labuan (PL) - Tarikh Tutup 23 September 2019


DESKRIPSI TUGAS

Bertanggungjawab membangun program baru untuk sesuatu sistem gunaan komputer yang sedia ada bagi memenuhi keperluan semasa, penyelenggaraan sistem dan memberikan latihan serta bantuan teknikal kepda pihak pengguna.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

a) Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan yang boleh didapati dengan datang sendiri ke Jabatan Pengurusan Sumber Manusia, Wisma Perbadanan Labuan, W. P. Labuan. Maklumat jawatan kosong serta Borang Permohonan Jawatan juga boleh didapati melalui Laman Web: www.pl.gov.my atau sila klik pada pautan link yang diberikan di bawah.

b) Pemohon yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan-Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan mestilah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing beserta Laporan Nilaian Prestasi Tahunan yang terkini dan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini;

c) Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah disertakan dengan sekeping gambar, salinan kad pengenalan, sijil lahir, sijil-sijil persekolahan, sijil berhenti sekolah, sijil kegiatan luar, kelulusan akademik, transkrip keputusan peperiksaan semua semester dan dokumen-dokumen lain yang telah diakui sah dari salinan asal;

d) Sila nyatakan jawatan yang dipohon di penjuru kiri sampul surat dan borang yang lengkap diisi hendaklah dikembalikan pada atau sebelum 23 September 2019 (Isnin) ke alamat berikut:

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
PERBADANAN LABUAN
WISMA PERBADANAN LABUAN
JALAN DEWAN
PETI SURAT 81245
87022 W.P. LABUAN
(U/P: JABATAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA)


e) Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan ke Jabatan Pengurusan Sumber Manusia, Perbadanan Labuan dengan menghubungi talian 087-581809, 581816, dan 581817;

f) Permohonan yang lewat, tidak lengkap seperti yang dinyatakan di para (c) di atas atau tidak mengikut syarat-syarat tersebut akan ditolak;

g) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temu duga;

h) Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya; dan

i) Pihak Perbadanan Labuan tidak akan bertanggungjawab atau menanggung segala perbelanjaan berkaitan dengan temu duga dan penghantaran borang permohonan jawatan.

Muat turun iklan dan borang permohonan jawatan disini
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong