Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong PBT Pengerang - Tarikh Tutup 23 September 2019

Jawatan kosong kerajaan terkini September 2019 di Pihak Berkuasa Tempatan Pengerang (PBT Pengerang). Permohonan adalah dipelawa kepada Warganegara Malaysia khususnya kepada rakyat Negeri Johor Darul Takzim yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

1. SETIAUSAHA PEJABAT GRED N29

Tarikh tutup permohonan pada 23 September 2019
Lokasi : PBT Pengerang
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Pihak Berkuasa Tempatan Pengerang (PBT Pengerang) September 2019


1. SYARAT LANTIKAN

i. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut

a. Warganegara Malaysia;

b. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

dan

c. Memiliki Diploma Sains Kesetiausahaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
(Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00); atau

d. Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,770.95)

ii. Pegawai sedang berkhidmat dalam Pihak Berkuasa Tempatan Pengerang adalah layak untuk memohon dan perlulah memenuhi syarat-syarat lantikan yang telah dinyatakan.

2. SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

3. PENETAPAN GAJI PERMULAAN

Gaji Permulaan yang lebih tinggi daripada gaji minimum Gred N29 boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik PBT Pengerang berasaskan kepada pengalaman kerja berkaitan.

4. DI BAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN

Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan ini adalah tertakluk kepada syaratsyarat skim perkhidmatan yang berkenaan yang berkuatkuasa serta pindaanpindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

5. CARA MEMOHON

i. Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan-Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan mestilah melalui Ketua Jabatan masing-masingmengikut Perintah Am 17 Bab A di bawah peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat, dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 dan hendaklah disertakan dengan Salinan Penyata Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini serta Laporan Nilaian Prestasi Tahunan Terkini;

ii. Permohonan boleh dibuat melalui cara-cara berikut :

a) Muat turun Borang Permohonan Jawatan Kosong PBT Pengerang di laman Web Pihak Berkuasa Tempatan Pengerang iaitu: www.pbtpengerang.gov.my dan disertakan dengan Wang Pos atas nama PBT Pengerang sebanyak Ringgit Malaysia Satu Sahaja (RM1.00) semasa menghantar permohonan atau; (sila muat turun borang permohonan pada link yang diberikan di bawah); atau

b) Pembelian borang melalui Kaunter Bersepadu PBT Pengerang pada hari Ahad hingga Rabu dari jam 8.30 pagi hingga 4.00 petang dan hari Khamis dari jam 8.30 pagi hingga jam 3.00 petang (kecuali cuti umum) dengan bayaran sebanyak Ringgit Malaysia Satu (RM1.00). Bagi pembelian borang Melalui Kaunter Bersepadu PBT Pengerang, Resit Pembelian borang perlu di lampirkan bersama semasa menghantar borang permohonan.

iii. Sila sertakan sekeping gambar terbaharu berukuran passport, dan salinan yang telah disahkan untuk semua dokumen seperti kad pengenalan, sijil kelahiran, sijil-sijil akademik dan lain-lain dokumen sokongan;

iv. Permohonan yang lewat, tidak lengkap, tidak diakui sah atau tidak mengikut syarat di atas akan ditolak;

v. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Mereka yang tidak dihubungi dalam tempoh 3 bulan daripada tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya. Segala perbelanjaan kerana menghadiri ujian dan temuduga adalah ditanggung oleh calon-calon sendiri.

vi. Bagi kelayakan Ijazah/Diploma/Sijil perlu mendapatkan pengiktirafan kelayakan di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melaui laman web interaktif, http://www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm dan dilampirkan bersama resume permohonan;

vii. Sila tuliskan nama jawatan yang dipohon di penjuru atas sebelah kiri sampul surat dan alamatkan kepada :

YANG DIPERTUA
PBT PENGERANG
NO. 7 JALAN KEMPAS 1
TAMAN DESARU UTAMA
81930 BANDAR PENAWAR
JOHOR DARUL TAKZIM.
(u.p: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia)


viii.Permohonan perlu dihantar dan diterima di Pejabat PBT Pengerang pada atau sebelum 23 SEPTEMBER 2019, Jam 12:00 Tengah Hari. Sebarang permohonan yang diterima selepas tarikh dan waktu tersebut tidak akan diterima dan diproses.

Muat turun iklan selengkapnya disini

Muat turun borang permohonan jawatan disini
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong