Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) - Tarikh Tutup 28 Januari 2020

Jawatan kosong kerajaan Januari 2020 di Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP). Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) sebagai :

1. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED F41

Bil. Kekosongan : 2
Taraf Perjawatan : Kontak/ Tetap

Tarikh tutup permohonan pada 28 Januari 2020
Lokasi : MPSP
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong MPSP Januari 2020


KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
KLASIFIKASI : TEKNOLOGI MAKLUMAT
JADUAL GAJI : Min RM 2,315.00 - Mak RM 9,618.00

SYARAT KELAYAKAN : 
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:- 
(a) warganegara Malaysia; 
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; 
(c) (i) ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang sains komputer dan teknologi maklumat atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. 
(ii) ijazah sarjana muda kejuruteraan dalam bidang komputer atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. 
(iii) ijazah sarjana dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat, kejuruteraan komputer atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. 
(iv) ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat, kejuruteraan komputer atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU : 
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

PENINGKATAN SECARA LANTIKAN : 
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan: 
(a) mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); dan 
(b) had umur pelantikan: 
(i) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau 
(ii) berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau 
(iii) berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong