1. Penolong Jurutera JA5
2. Penolong Juruukur Bangunan J5
3. Penolong Pegawai Tadbir N5
4. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat FA5
5. Penolong Pegawai Undang-Undang L5
6. Jurubahasa (Mandarin) LA1
7. Pembantu Khidmat Am H1
8. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N1
9. Penjaga Jentera Elektrik J1
10. Pekerja Awam (Contract For Service)
Tarikh tutup permohonan 03 & 06 Jun 2025.
Lokasi penempatan : MBPJ Selangor
Sektor : Badan Berkanun
Syarat-Syarat Permohonan
Tertakluk Di Bawah Syarat-Syarat Skim Perkhidmatan:
Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari masa ke semasa.
Perhatian Kepada Pemohon:
a) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
b) Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian melalui portal Perjawatan MBPJ dipautan yang diberikan di bawah.
c) Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan/ Pihak Berkuasa Tempatan/ Badan-badan Berkanun mestilah melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan bersama Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang terkini mengikut Peraturan 18 di bawah Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012;
d) Calon TIDAK PERLU MENGHANTAR salinan Ijazah, Diploma, Sijil Matrikulasi, STPM, STAM, SPM dan sijil-sijil bagi jawatan berkaitan atau resume sehingga dihubungi untuk panggilan temu duga;
e) Permohonan yang lewat, tidak lengkap atau tidak mengikut syarat seperti dalam iklan akan DITOLAK;
f) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja dipanggil untuk temu duga;
g) Permohonan yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan TIDAK BERJAYA;
h) Perbelanjaan untuk menghadiri temu duga ditanggung sendiri oleh pemohon.
Tarikh tutup permohonan adalah pada 03 & 06 Jun 2025.
Pautan
Iklan, syarat kelayakan, tatacara permohonan dan pautan permohonan jawatan secara online disini