Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) September 2019

Jawatan kosong terkini September 2019 di Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS). Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor merupakan sebuah badan berkanun di Negeri Selangor Darul Ehsan dan ingin mempelawa calon-calon yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan tersebut :-

1. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN / OPERASI ) N19

Tarikh Tutup Permohonan Pada 13 September 2019
Lokasi : Selangor
Sektor : Berkanun

Jawatan Kosong Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) September 2019


SYARAT- SYARAT LANTIKAN/ PERMOHONAN

i. Warganegara Malaysia

ii. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

iii. Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran pasport, salinan kad pengenalan pemohon, ibu dan bapa serta sijil lahir, sijil-sijil akademik dan lain-lain dokumen berkaitan.

iv. Permohonan daripada mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun hendaklah melalui Ketua Jabatan masingmasing dan perlu disertakan bersama Rekod Perkhidmatan yang dikemas kini serta Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang terkini.

v. Borang Permohonan yang tidak lengkap diisi akan ditolak.

vi. Permohonan yang lewat diterima tidak akan dilayan.

vii. Hanya calon-calon yang layak selepas disenarai pendek sahaja akan dihubungi untuk sesi temu duga.

viii. Pemohon-pemohon hendaklah mencatatkan jawatan yang dipohon di sebelah kiri bahagian atas sampul surat.

ix. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

SYARAT- SYARAT LANTIKAN / PERMOHONAN

Borang (LPHS 01/ PSM) boleh didapati secara percuma di kaunter LPHS atau laman web http://lphs.selangor.gov.my. atau sila klik pada pautan link yang diberikan di bawah.

Permohonan hendaklah di hantar kepada:-

PENGARAH EKSEKUTIF
LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH
SELANGOR TINGKAT 5, PODIUM UTARA,
BANGUNAN SSAAS
40503 SHAH ALAM.


Tarikh Tutup Permohonan adalah pada 13 SEPTEMBER 2019

Muat turun iklan dan borang permohonan jawatan disini
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong