Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Terkini di PERDA – Tarikh Tutup 26 Jun 2019

Jawatan kosong terkini di Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) Jun 2019. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) sebagai :
 
Jawatan Kosong Terkini Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA)

1. Pegawai Latihan Vokasional (Fesyen) Gred DV29

Tarikh Tutup Permohonan 26 Jun 2019 (Rabu)
Lokasi : PERDA Pulau Pinang
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong PERDA Jun 2019


Nama Jawatan : PENOLONG PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL (FESYEN)
Klasifikasi : PENDIDIKAN
Kumpulan : PELAKSANA
Taraf Jawatan : KONTRAK
Kekosongan : 1
Gred Gaji : DV29
Jadual Gaji (Min-Maks) : RM1,549 - RM5,701

Syarat Lantikan

1. Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) (i) Diploma dalam bidang Seni Lukis dan Seni Reka Fesyen yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(ii) Keutamaan akan diberikan kepada calon yang mempunyai kelayakan seperti yang berikut :

a) pengalaman/kemahiran dan kemampuan mengajar bidang-bidang berkaitan seperti yang dinyatakan.

b) Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1,2,3 dan 4

c) Sijil Pegawai Latihan Vokasional (VTO)

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

PERMOHONAN

Semua permohonan perlu dibuat secara 'online' melalui laman Sistem Perjawatan PERDA iaitu di http://erecruit.perda.gov.my ATAU sila klik pada link yang diberikan di bawah.

Permohonan yang berikut AKAN DITOLAK :

1) Permohonan tidak dibuat secara 'online';

2) Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan;

3) Permohonan tidak lengkap

(a) Bagi permohonan yang berjaya dalam pemilihan ini semua keputusan akan dimaklumkan melalui surat/emel/sms terus ke nombor telefon bimbit yang diberikan, bagi permohonan yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup adalah dianggap tidak berjaya.

Permohonan jawatan secara online disini
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong