Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) – Tarikh Tutup 18 Jun 2019

Jawatan kosong kerajaan terkini di Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) bulan Jun 2019. Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan ditutup adalah dipelawa memohon jawatan-jawatan sebagaimana di bawah. Keutamaan akan diberi kepada rakyat Negeri Johor Darul Ta’zim atau Warganegara Malaysia yang telah menduduki Negeri Johor tidak kurang dari tiga (3) tahun berturut-turut untuk mengisi kekosongan jawatan (Kontrak) sebagai :

1. ARTIS BUDAYA GRED B19

TARIKH TUTUP PERMOHONAN PADA 18 JUN 2019
LOKASI : MBJB
SEKTOR : KERAJAAN
KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : BAKAT DAN SENI
JADUAL GRED GAJI
GRED B19 : RM1,360 - RM4,032


Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) Jun 2019

SYARAT-SYARAT LANTIKAN :

Semua jawatan hendaklah terdiri daripada WARGANEGARA MALAYSIA.

JAWATAN : ARTIS BUDAYA – GRED B19

(a) Mempunyai pengalaman yang telah terbukti dan diakui mutunya dalam bidang kebudayaan serta berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred B19 : RM1,360.00); atau

(b) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred B19 : RM1,360.00); atau

(c) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred B19 : RM1,418.12); atau

(d) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred B19 : RM1,476.24)

(e) Calon yang memiliki kelayakan di perenggan (b), (c) dan (d) hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

UMUR :

Calon bagi lantikan hendaklah berumur :

(a) Tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; DAN

(b) Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

CARA MEMOHON :

(a) Permohonan hendaklah menggunakan Borang MBJB/BSM/1/2003 yang boleh didapati daripada Bahagian Sumber Manusia, Aras 4, Bangunan Majlis Bandaraya Johor Bahru ATAU pemohon boleh muat turun borang permohonan daripada laman web Majlis Bandaraya Johor Bahru di alamat www.mbjb.gov.my ATAU sila klik pada pautan link yang diberikan di bawah.

(b) Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat mestilah membuat permohonan melalui Ketua Jabatan mengikut Perintah Am Bab ‘A’ Bil.21 dan pastikan Laporan Penilaian Prestasi dan Penyata Perkhidmatan yang dikemaskini disertakan bersama-sama.

(c) Tarikh tutup permohonan ialah pada 18 JUN 2019

(d) Semua permohonan hendaklah DISERTAKAN DENGAN SALINAN SIJIL YANG DIAKUI SAH DAN JUGA GAMBAR BERUKURAN PASPOT YANG TERBARU dan alamatkan kepada :-

DATUK BANDAR
MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU
PETI SURAT 232
80720 JOHOR BAHRU

(f) Untuk maklumat lanjut sila layari laman web rasmi Majlis Bandaraya Johor Bahru di alamat www.mbjb.gov.my.

CATATAN AM :

(a) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

(b) Segala perbelanjaan kerana menghadiri temuduga adalah tanggung jawab calon sendiri.

(c) Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan tidak berjaya.

Muat turun borang permohonan jawatan disini
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong