Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Iklan Menyertai Pegawai Bomba Bantuan (BBP Sungai Koyan) – Tarikh Tutup 21 Jun 2019

Jawatan Kosong Pegawai Bomba Bantuan Jun 2019. Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh iklan ditutup dipelawa untuk memohon jawatan seperti berikut : -

1. Jawatan : Pegawai Bomba Bantuan

2. Nama Balai : Balai Bomba Dan Penyelamat Sungai Koyan, Lipis

3. Elaun : Elaun Kehadiran

4. Syarat Lantikan : Calon-calon lantikan ini hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

(a) Warganera Malaysia;

(b) Bukan anggota Angkatan Tentera Malaysia atau mana-mana angkatan atau skim sukarela yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis;

(c) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh permohonan;

(d) Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktirafkan setaraf dengannya oleh Ketua Pengarah;

(e) Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti

i) Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa sepatu;

ii) Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;

iii) Mempunyai penglihatan yang baik;

iv) Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan

v) Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh Pengamal Perubatan Berdaftar;

(f) Lulus ujian-ujian yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah dari masa ke semasa

(g) Calon hendaklah tinggal atau bekerja dalam lingkungan 5km daripada balai atau boleh sampai dalam masa 5 minit ke Balai.

Iklan Menyertai Pegawai Bomba Bantuan (BBP Sungai Koyan) – Tarikh Tutup 21 Jun 2019


5. Notis kebenaran daripada majikan

Bagi calon yang bekerja, dapatkan kelulusan daripada majikan dengan mengisi Notis Kebenaran daripada Majikan untuk Menyertai Pegawai Bomba Bantuan – Borang PBB 4. (Borang juga boleh diambil daripada Balai Bomba yang terdekat seperti di atas) atau klik disini

6. Cara Memohon

Pemohon hendaklah menggunakan Borang PBB 3. (Borang juga boleh diambil daripada Balai Bomba yang terdekat seperti di atas. atau klik disini

Calon-calon juga boleh datang sendiri untuk menghadiri temuduga pada hari yang akan dimaklumkan melalui Iaman web Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Semua permohonan hendaklah disertakan dengan :

i) Sekeping gambar terbaru berukuran passport;

ii) Salinan Kad Pengenalan;

iii) Salinan Sijil-Sijil Persekolahan dan Kelulusan serta dokumen-dokumen berkaitan yang telah disahkan

7. Alamat Permohonan dan tarikh tutup

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada Ketua Balai, Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Koyan, Lipis

Tarikh Tutup Permohonan : 21 Jun 2019

8. Tarikh Temuduga

Tarikh dan tempat temuduga akan dimaklumkan melalui telefon dan laman web Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia www.bomba.gov.my (Negeri Pahang) Sila klik disini

9. Makluman

Calon-calon yang ingin menghadiri temuduga ini, hendaklah membawa dua (2) persalinan pakaian :

i ) Baju sukan berkolar dan berkasut sukan

ii) Smart Casual berkasut
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong