Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Temuduga Terbuka Eksekutif Pemasaran PTPTN – Tarikh Temuduga 28 Mei 2019

Jawatan kosong/ Temuduga Terbuka/ Walk-in Interview terkini di Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Mei 2019. Sukacita dimaklumkan bahawa Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), sebuah organisasi yang bertanggungjawab memberi pinjaman kepada pelajar Institusi Pendidikan Tinggi yang layak dan menerima deposit di bawah Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN), mempelawa calon-calon WARGANEGARA MALAYSIA yang berumur 18 tahun pada tarikh temuduga serta berminat menghadiri temuduga terbuka jawatan Eksekutif Pemasaran lantikan kontrak yang akan diadakan pada tarikh/hari, masa dan tempat seperti berikut :

JAWATAN : EKSEKUTIF PEMASARAN (KONTRAK)

Tarikh / Hari : 28 Mei 2019 / Selasa

Masa : 9.00 pagi hingga 3.00 petang*
            (pendaftaran dibuka : 9.00 pagi - 12.00 tengahari)
           * Rehat : 1.00 petang hingga 2.00 petang

Tempat Temuduga : 

Bilik Perbincangan 2, Tingkat 1
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
Menara PTPTN, Blok D, Megan Avenue II
No.12, Jalan Yap Kwan Seng
50450 KUALA LUMPUR

Temuduga Terbuka PTPTN Mei 2019

Syarat lantikan adalah seperti berikut :

JAWATAN : EKSEKUTIF PEMASARAN (KONTRAK)

PENEMPATAN : 
PUSAT KHIDMAT PELANGGAN (PKP), MENARA
PTPTN, KUALA LUMPUR

GAJI : RM1,600.00 SEBULAN
INSENTIF : KOMISEN BERDASARKAN PRESTASI

Calon yang berminat hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) Kelulusan akademik sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(d) Keutamaan diberi kepada calon :
  • Berkelulusan dan berpengalaman dalam bidang pemasaran;
  • Peramah;
  • Perwatakan menarik dan mesra pelanggan;
  • Berkebolehan berkomunikasi dengan baik;
  • Boleh bertutur dalam pelbagai bahasa;
  • Mempunyai kemahiran berunding dan pandai memujuk;
  • Berkebolehan menganalisa dengan baik; dan
  • Mempunyai lesen memandu serta memiliki kenderaan sendiri. (keutamaan diberikan kepada calon yang mempunyai kereta) 
Semua permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan (sila muat turun pada link yang diberikan di bawah) yang disertakan dengan sekeping gambar terbaru berukuran pasport beserta salinan sijilsijil yang berkaitan. Susunan dokumen adalah seperti berikut :

a) Salinan Kad Pengenalan pemohon;
b) Salinan Surat Beranak pemohon;
c) Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
d) Salinan lesen memandu; dan
e) Lain-lain dokumen sokongan.

Calon-calon adalah diingatkan agar tiba awal pada hari temuduga. Segala perbelanjaan berkaitan dengan urusan temuduga ini adalah di atas pembiayaan calon-calon sendiri dan tidak akan ditanggung oleh PTPTN.

CATATAN AM

a) Calon yang tidak menerima sebarang jawapan dua (2) bulan dari tarikh menghadiri temuduga hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

b) Hanya calon yang berjaya dalam urusan temuduga akan dihubungi.

Muat turun iklan syarat permohonan dan borang permohonan jawatan disini
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong