Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) – Tarikh Tutup 13 Mei 2019

Jawatan kosong terkini di Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) Mei 2019. Permohonan adalah dipelawa daripada rakyat Negeri Johor Darul Ta’zim atau warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan berikut di Yayasan Pelajaran Johor :

1. Penolong Pegawai Tadbir N29
2. Penolong Akauntan W29
3. Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi) N19
4. Pemandu Kenderaan H11

TARIKH TUTUP PERMOHONAN 13 MEI 2019 (ISNIN)
LOKASI : JOHOR
SEKTOR : KERAJAAN

Jawatan Kosong Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) Mei 2019


CARA PERMOHONAN

(a) Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang YPJ 007 yang boleh diperolehi secara percuma di Pejabat Yayasan Pelajaran Johor, No. 15, Bangunan YPJ, Jalan Nuri, Larkin Jaya, 80350 Johor Bahru, Johor Darul Ta’zim atau sila klik pada pautan link yang diberikan di bawah.

(b) Sila nyatakan nama jawatan yang dipohon di kiri sebelah atas sampul berkenaan semasa mengembalikan borang permohonan.

(c) Permohonan daripada pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan hendaklah Mengikut Peraturan 17, Peraturan – Peraturan Pegawai Awam (Perlantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan 2005)

(d) Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran pasport dan salinan diakui sah dokumen-dokumen berikut :-

i)Kad Pengenalan
ii)Sijil Kelahiran
iii)Sijil-Sijil Persekolahan (SRP/PMR/PT3/SPM/STA/STPM/STAM)
iv)Sijil Berhenti Sekolah Yang Terakhir
v)Diploma / Ijazah berserta transkrip penuh (jika berkaitan)

(e) Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat berikut :

Pengurus Besar
Yayasan Pelajaran Johor
No 15, Bangunan YPJ
Jalan Nuri , Kg. Dato’ Onn Jaafar
Karung Berkunci 711
80990 Johor Bahru


NOTA / CATATAN AM

(a) Setiap permohonan jawatan hendaklah menggunakan satu borang sahaja bagi setiap jawatan yang di pohon. Sekiranya permohonan jawatan lebih dari satu hendaklah menggunakan borang yang berasingan.

(b) Hanya calon – calon yang layak selepas tapisan dan didapati sesuai sahaja akan dipanggil / dihubungi untuk ditemuduga.

(c) Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka TIDAK BERJAYA.

(d) Segala perbelanjaan kerana menghadiri temuduga adalah tanggungjawab pemohon sendiri.

(e) Pegawai-Pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing dan disertakan dengan Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini serta Laporan Nilaian Prestasi Tahunan terkini.

Muat turun iklan dan syarat kelayakan disini

Muat turun borang permohonan jawatan disini
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong