Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Universiti Malaysia Kelantan (UMK) – Tarikh Tutup 10 Jun 2019

Jawatan Kosong Universiti/ University Jobs terkini di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Jun 2019. Universiti Malaysia Kelantan (UMK) ialah Universiti Awam (UA) berteraskan keusahawanan yang mengutamakan pendidikan keusahawanan dalam tiga kelompok bidang pengajian iaitu keusahawanan & perniagaan, teknologi kreatif & warisan dan agro-industri & sains sumber asli sejajar dengan visi dan misi yang telah ditetapkan. Universiti memerlukan individu yang boleh bekerja dengan pengawasan yang minimum (independent), bekerja dalam satu pasukan (teamwork), dinamik, kreatif dan inovatif untuk membangun universiti. Individu yang berkelayakan dipelawa untuk mengisi jawatan-jawatan seperti berikut :

1. PEGAWAI SAINS C41
2. PEMANDU (KENDERAAN PERTANIAN) H11

TARIKH TUTUP PERMOHONAN 10 JUN 2019
LOKASI : UMK KELANTAN
SEKTOR : KERAJAAN

Jawatan Kosong Universiti Malaysia Kelantan (UMK) - Tarikh Tutup 10 Jun 2019


SYARAT-SYARAT LANTIKAN

JAWATAN : PEGAWAI SAINS GRED C41
TARAF JAWATAN : KONTRAK

GRED GAJI

Gaji Minimum : RM2,317
Gaji Maksimum : RM9,620
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM225

(a) Ijazah sarjana muda sains kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred C41 : RM2,317.00); dan

(b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Ringkasan Tugas:

Bertanggungjawab dalam memastikan pengoperasian makmal pengajaran atau makmal penyelidikan beroperasi dengan efisien. Bertanggungjawab ke atas pengurusan makmal pengajaran amali mengikut program dan latihan ilmiah pelajar memastikan pengurusan kawalan kualiti, pembangunan pengetahuan dan kemahiran anggota organisasi, mengawal kewangan serta peralatan organisasi. Mengurus dan mengambil tindakan aduan pelanggan. Merancang dan memantau amali serta menguruskan taklimat keselamatan. Memastikan pembangunan kualiti organisasi sentiasa dikemaskini. Merancang sumber tenaga manusia.

JAWATAN : PEMANDU (KENDERAAN PERTANIAN) GRED H11
TARAF JAWATAN : KONTRAK

GRED GAJI

Gaji Minimum : RM1,218
Gaji Maksimum : RM2,939
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM80

(a) Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah dan lesen dan sijil kompetensi;

(b) Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;

(c) Mempunyai lesen memandu Kelas E/E1/E2/F/G/H/I berkenaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)]; dan

(d) Berkebolehan memandu dan mengendalikan semua jenis kenderaan/ jentera memunggah serta kenderaan/jentera pertanian dalam pelbagai saiz dan kekuatan.

Gaji permulaan Gred H11: RM1264.15

(e) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

Ringkasan Tugas :

Bertanggungjawab melaksanakan skop tugas pemanduan/ pengendalian kenderaan terutama kenderaan/jentera pemunggah atau kenderaan/jentera yang berkaitan sektor pertanian serta menjaga kenderaan/jentera di bawah kelolaannya supaya sentiasa berada dalam keadaan bersih dan selamat untuk setiap perjalanan. 

Cara Memohon

Individu yang berkelayakan dan mempunyai kelayakan seperti yang ditetapkan hendaklah membuat permohonan secara atas talian (online), sila klik pada pautan link yang diberikan di bawah. (Pemohon  tidak  perlu menghantar salinan hardcopy borang permohonan)

JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong