Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Terkini PTPTN – Tarikh Tutup 10 Jun 2019

Jawatan kosong terkini di Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Jun 2019. Sukacita dimaklumkan bahawa Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), sebuah organisasi yang bertanggungjawab memberi pinjaman kepada pelajar Institusi Pendidikan Tinggi yang layak dan menerima deposit di bawah Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN), mempelawa calon-calon WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan serta berumur 18 tahun pada tarikh tutup permohonan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf kontrak seperti berikut :

PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N29

TARIKH TUTUP PERMOHONAN 10 JUN 2019
LOKASI : PEJABAT PTPTN TEMERLOH PAHANG
SEKTOR : BERKANUN

Jawatan Kosong Terkini PTPTN - Tarikh Tutup 10 Jun 2019

JAWATAN : PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N29 (CONTRACT OF SERVICE)

Klasifikasi Perkhidmatan : Pentadbiran Dan Sokongan
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
Taraf Jawatan : Kontrak (Contract Of Service)
Penempatan : Pejabat PTPTN Negeri (PPN) Pahang Cawangan Temerloh
Jadual Gaji Min – Max (JGMM) : RM1,493.00 - RM5,672.00

SYARAT PERMOHONAN

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) Berkelulusan :

(i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
(Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00); atau

(ii) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
(Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00); atau

(iii) Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM);
(Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00); atau

(iv) Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,770.95);

DAN

(v) Syarat Kelayakan Bahasa Melayu :

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

CARA MEMOHON

Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online), sila klik pada link permohonan secara online di bawah sebelum atau pada 10 Jun 2019.

MAKLUMAT UMUM

(a) IMBUHAN / ELAUN

Imbuhan Tetap Khidmat Awam, Imbuhan Tetap Perumahan dan Bantuan Sara Hidup akan dibayar kepada calon yang ditawarkan jawatan yang dipohon.

Imbuhan Tetap Khidmat Awam, Imbuhan Tetap Perumahan dan Bantuan Sara Hidup PTPTN


(b) PENAKLUKAN DI BAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN

Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan bagi jawatan-jawatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

(c) MAKLUMAN KEPADA CALON UNTUK MENGHADIRI SESI TEMUDUGA DAN CALON BERJAYA DALAM TEMUDUGA

Calon yang melepasi saringan pemilihan akan dihubungi melalui e-mel bagi panggilan menghadiri sesi temuduga manakala calon yang berjaya dalam sesi temuduga akan dihubungi melalui telefon bagi makluman tarikh lapor diri.

(d) CATATAN AM

Segala perbelanjaan berhubung dengan permohonan jawatan dan urusan temuduga adalah atas tanggungjawab calon sendiri.

Permohonan jawatan secara online disini
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong