Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Terkini di PERHILITAN – Tarikh Tutup 09 Jun 2019

Jawatan kosong kerajaan terkini di Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Jun 2019. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) sebagai :

1. PEGAWAI HIDUPAN LIAR GRED G41

TARIKH TUTUP PERMOHONAN 09 JUN 2019 (AHAD)
LOKASI : PELBAGAI NEGERI
SEKTOR : KERAJAAN

Jawatan Kosong Terkini PERHILITAN – Tarikh Tutup 09 Jun 2019
Jawatan Kosong Terkini PERHILITAN – Tarikh Tutup 09 Jun 2019


Jawatan : Pegawai Hidupan Liar Gred G41
Kumpulan : Pengurusan dan Profesional
Kem/Jab : Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara

JADUAL GAJI

Gaji Minimum - Maksimum : RM2,084 - RM9,551
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM225

Syarat Lantikan :

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) (i) ijazah sarjana muda sains dalam bidang zoologi, biologi atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
(Gaji permulaan ialah pada Gred G41: RM2,084.00); atau

(ii) ijazah sarjana muda sains kepujian dalam bidang zoologi, biologi atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred G41: RM2,288.16); atau

(iii) Ijazah Sarjana Muda Sains Perhutanan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred G41: RM2,390.37)

Syarat Bahasa Melayu

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan

3. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Hidupan Liar adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Hidupan Liar Gred G41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

(a) mempunyai kelayakan di perenggan 1(c); dan

(b) had umur pelantikan:

i. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
ii. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
iii. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Deskripsi Tugas :

Bertanggungjawab melaksanakan penguatkuasaan undang-undang di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar 76/72 serta membuat kawalan, penyelidikan dan penyusunan hidupan liar.

Cara Memohon

Individu yang berminat serta berkelayakan hendaklah membuat permohonan jawatan secara 'online' pada laman rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awan Malaysia (SPA) di http://www.spa.gov.my ATAU sila klik pada link permohonan secara online di bawah.

Calon-calon yang telah mendaftar permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula. Namun demikian, sila pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku iaitu dalam tempoh setahun daripada tarikh mendaftar.

Tarikh tutup bagi jawatan adalah pada 09 Jun 2019 (Ahad) jam 11.59 malam.

Permohonan dan semakan jawatan secara online disini
Lihat kekosongan jawatan yang lain :
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM !
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong