Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) Mei 2019

Jawatan kosong terkini di Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) Mei 2019. Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) mempelawa permohonan daripada warganegara Malaysia yang bermastautin di Sarawak dan memiliki kelayakan dan syarat-syarat pelantikan bagi mengisi kekosongan untuk jawatan berikut:-

1. PEMANDU KENDERAAN, GRED H11

Klasifikasi Perkhidmatan : Kemahiran
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
Taraf Jawatan : Kontrak

Jawatan Kosong Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) Mei 2019


Skop Tugas Utama : Memandu bas serta memastikan kenderaan sentiasa berada di dalam keadaan baik, bersih dan selamat untuk digunakan setiap masa.

Syarat Lantikan
  • Warganegara Malaysia;
  • Memiliki lesen memandu Kelas D, E dan Lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ); 
  • Berkebolehan memandu, mengendali dan menyelenggara bas; 
  • Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan baik. 
  • Memiliki kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) / Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Syarat-syarat Tambahan
  • Memiliki integriti yang tinggi, berhemah, proaktif, berfikiran positif, amanah, sanggup menerima cabaran, serta sanggup bekerja lebih masa dan bertugas di luar pejabat.
  • Mempunyai pengalaman kerja dalam bidang yang berkaitan sekurang-kurangnya 3 - 5 tahun
  • Berkebolehan berbahasa Inggeris dan Mandarin adalah satu kelebihan.
  • Tidak merokok 
  • Berumur tidak melebihi 40 tahun
  • Calon yang berjaya akan diberi latihan yang berkaitan.
  • Gaji akan ditetapkan mengikut kelayakan dan pengalaman.
Calon-calon yang berkelayakan adalah dijemput untuk mengemukakan permohonan berserta butir-butir peribadi yang lengkap (resume), salinan sijil-sijil yang berkaitan dan gambar berukuran pasport (tidak dikembalikan) kepada alamat berikut sebelum 7 Mei 2019 (Selasa) secara atas talian (online) melalui laman web https://erecruitment.sarawak.gov.my

1. Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima akan ditolak. Hanya calon yang disenaraipendekkan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

2. Dengan mengemukakan permohonan, anda telah bersetuju dan memberi kebenaran kepada PPES untuk memproses data peribadi anda selaras dengan Personal Data Protection Act 2010 (PDPA).

3. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Sebarang pertanyaan lanjut, tuan/ puan boleh menghubungi Bahagian Sumber Manusia dan Pentadbiran, SEDC di talian 082-551 515/ 082-551 522.
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong