Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Pensyarah UiTM – Tarikh Tutup 02 Jun 2019

Jawatan kosong terkini di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Jun 2019. Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia berstatus Bumiputera/Bukan Bumiputera (Jawatan Akademik) yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi jawatan Tetap/Kontrak di Kampus Segamat, sebagai :

1. PENSYARAH UiTM

TARIKH TUTUP PERMOHONAN 02 JUN 2019
LOKASI : UiTM Kampus Segamat
SEKTOR : Kerajaan

Jawatan Kosong Pensyarah UiTM Jun 2019
Jawatan Kosong Pensyarah UiTM Jun 2019



1. PENSYARAH UiTM

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut;

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED DM45

(c) (i) Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DM45: RM3,070.00); atau

(ii) Ijazah Sarjana Muda Seni Bina atau Diploma Lanjutan dalam bidang berkenaan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar penuh dengan Lembaga Arkitek Malaysia.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DM45: RM3,070.00); atau

(iii) Ijazah Doktor Falsafa (Ph.D) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DM45: RM3,380.37)

KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED DM51

(d) (i) Mempunyai kelayakan seperti di perenggan 1(c);

dan (ii) Membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang istimewa mutunya; dan

(iii) Mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang yang berkenaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DM51: RM5,855.00)

KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED DM53 (PROFESOR MADYA)

(e) (i) Mempunyai kelayakan seperti di perenggan 1 (c);

dan (ii) Membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang terkemuka mutunya; dan

(iii) Mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang yang berkenaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DM53: RM6,162.00)

KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED KHAS C (PROFESOR)

(f) (i) Mempunyai kelayakan seperti di perenggan 1 (c);

dan (ii) Membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang terkemuka mutunya; dan

(iii) Mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang yang berkenaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred VK7: RM7,676.00)

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diikitiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN

a. Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA. (Sila muat turun pada link yang diberikan di bawah)

b. Borang juga boleh diperoleh dengan melayari laman sesawang UiTM Cawangan Johor di http://johor.uitm.edu.my/v3 atau boleh diperoleh di Bahagian Pentadbiran, Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor, Kampus Segamat.

c. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.

d. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 2 Jun 2019

Sila kemukakan permohonan kepada:

TIMBALAN PENDAFTAR KANAN
BAHAGIAN PENTADBIRAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN JOHOR
KAMPUS SEGAMAT
KM. 12, JALAN MUAR
85000 SEGAMAT
JOHOR DARUL TA’ZIM


No Tel : +(607)-935 2338 / 2273 / 2272


JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong