Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) – Tarikh Tutup 09 Jun 2019

Jawatan kosong kerajaan terkini di Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) Jun 2019. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) sebagai :

1. PEGAWAI PENYELIDIK GRED Q4

TARIKH TUTUP PERMOHONAN 09 JUN 2019 (AHAD)
LOKASI : SELANGOR
SEKTOR : KERAJAAN

Jawatan Kosong Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) Tarikh Tutup 09 Jun 2019
Jawatan Kosong Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) Tarikh Tutup 09 Jun 2019


Jawatan : Pegawai Penyelidik Gred Q41
Kumpulan : Pengurusan dan Profesional
Kem/Jab : Pelbagai Kementerian/ Jabatan

JADUAL GAJI

Gaji Minimum - Maksimum : RM2,315.00 - RM9,618.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM225

Syarat Lantikan:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) (i) ijazah sarjana muda sains kepujian dalam bidang sains yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred Q41 : RM2,315.00); atau

(ii) ijazah sarjana muda dalam bidang pertanian atau perikanan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred Q41 : RM2,418.66); atau

(iii) ijazah Sarjana Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred Q41 : RM2,522.44); atau

(iv) Ijazah Doktor Perubatan Veterinar yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred Q41 : RM2,730.00); atau

(v) ijazah sarjana dalam bidang sains atau kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred Q41 : RM2,833.78); atau

(vi) ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang sains atau kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred Q41 : RM3,145.11).

Syarat Bahasa Melayu

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

Syarat Peningkatan Secara Lantikan

3. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Penyelidik adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Penyelidik Gred Q41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

(a) mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); dan

(b) had umur pelantikan:

i. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
ii. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
iii. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Deskripsi Tugas :
  • menjalankan kerja-kerja penyelidikan pembangunan (R & D) dalam bidang mikroelektronik dan teknologi maklumat atau dalam bidang berkaitan.
  • menjalankan penyelidikan asas dan gunaan, khidmat nasihat kepakaran, menyebar maklumat-maklumat berkenaan teknologi berkaitan dalam negara.
  • melaksanakan kajian dan penyelidikan mengenai jaminan kualiti, penyelidikan serta pemindahan sains dan teknologi dan pembangunan serta latihan, kursus-kursus bagi pengguna-pengguna dalam negara.
Cara Memohon

Individu yang berminat serta berkelayakan hendaklah membuat permohonan jawatan secara 'online' pada laman rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awan Malaysia (SPA) di http://www.spa.gov.my ATAU sila klik pada link permohonan secara online di bawah.

Calon-calon yang telah mendaftar permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula. Namun demikian, sila pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku iaitu dalam tempoh setahun daripada tarikh mendaftar.

Tarikh tutup bagi jawatan adalah pada 09 Jun 2019 (Ahad) jam 11.59 malam.

Permohonan dan semakan jawatan secara online disini
Lihat kekosongan jawatan yang lain :
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM !
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong