Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) – Tarikh Tutup 15 Mei 2019

Jawatan kosong terkini di Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) Mei 2019. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan. Keutamaan kepada rakyat Negeri Selangor yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) seperti berikut :-

1. Penolong Juru Ukur Bahan JA29
2. Penolong Arkitek Landskap JA29
3. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U29
4. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat FA29
5. Penolong Pegawai Tadbir N29
6. Pegawai Khidmat Pelanggan N19
7. Pembantu Penguatkuasa KP19
8. Pembantu Pustakawan S19
9. Pembantu Tadbir (P/O) N19
10. Pembantu Kesihatan Awam U19
11. Pembantu Operasi N11
12. Pemandu Kenderaan H11
13. Pembantu Awam H11

TARIKH TUTUP PERMOHONAN PADA 15 MEI 2019
LOKASI : MPSEPANG
SEKTOR : KERAJAAN

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) Mei 2019


Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) Mei 2019

CARA MEMOHON

a) Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Permohonan Jawatan yang boleh didapati di Bahagian Sumber Manusia Majlis Perbandaran Sepang atau menggunakan borang yang boleh dimuat turun menerusi laman Web Majlis Perbandaran Sepang di alamat www.mpsepang.gov.my. ATAU Sila klik pada pautan link yang diberikan di bawah.

b) Semua borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap disertakan salinan kad pengenalan, sijil lahir, sijil-sijil persekolahan, kelulusan akademik (termasuk Ijazah Diploma – jika berkenaan), transkrip keputusan peperiksaan semua semester berserta dengan sekeping gambar berukuran passport.

c) Pegawai-pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am 21 Bab `A’ 1973 dan menyertakan bersama-sama Kenyataan Perkhidmatan yang kemas kini dan Laporan Prestasi.

d) Permohonan yang lewat diterima dan tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan dan calon-calon yang berkelayakan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.

e) Pemohon-pemohon yang TIDAK menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

f) Alamatkan permohonan:

Yang Dipertua,
Majlis Perbandaran Sepang,
Persiaran Semarak Api, Cyber 1
63200 Cyberjaya
Selangor Darul Ehsan.


Lihat kekosongan jawatan yang lain :
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM !
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong