Ingin dapatkan info jawatan kosong terus ke Telegram anda? Klik Disini

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kangar (MPKangar) – Tarikh Tutup 14 Mei 2019

Jawatan kosong Majlis Perbandaran Kangar (MPKangar) Mei 2019. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia (* Keutamaan kepada calon anak Negeri Perlis yang menetap di kawasan Parlimen Padang Besar) yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Majlis Perbandaran Kangar (MPKangar) sebagai Pekerja Sambilan Harian (PSH) seperti berikut :

1. Pembantu Operasi Letak Kereta Gred H11

Taraf Jawatan : Sambilan (PSH)
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
Klasifikasi Perkhidmatan : Pentadbiran dan Sokongan
Kadar Upah (RM/hari) : RM54

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kangar (MPKangar) Mei 2019


SYARAT LANTIKAN

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

(a) Warganegara Malaysia ;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf dengannya oleh kerajaan dan

(ii) memiliki lesen memandu Kelas B2/B/D/E2/E1/E yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan P] ;

dan

(d) Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

CARA MEMOHON DAN SYARAT-SYARAT

1. Iklan kekosongan jawatan ini boleh dilihat dalam laman web rasmi Majlis Perbandaran Kangar dengan melayari http://www.mpkangar.gov.my

2. Permohonan hendaklah menggunakan Borang PABMS/MPK.Ps-12-R1 yang boleh didapatkan dalam laman web rasmi Majlis Perbandaran Kangar, Perlis. atau (sila muat turun pada pautan link yang diberikan di bawah)

3. Semua permohonan jawatan hendaklah menggunakan Borang PABMS/MPK.Ps-12-R1 dengan disertakan resume bersama salinan Sijil/dokumen-dokumen yang telah DISAHKAN seperti berikut :

(i). Kad Pengenalan ( depan dan belakang ),

(ii). Sijil Kelahiran,

(iii). Sijil Berhenti Sekolah,

(iv). Sijil-sijil Akademik (Sijil PMR/SPM/ atau kelayakan yang setaraf dengannya dalam bidang yang berkaitan),

(v). Sijil Kegiatan Luar (jika ada),

(vi). Lain-lain dokumen pengesahan pernah menjalankan tugas-tugas berkaitan dengan jawatan yang dipohon.

4. Pemohon juga dikehendaki membawa dokumen-dokumen (Asal) semasa menghadiri temuduga tersebut.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN JAWATAN KOSONG

Tarikh tutup permohonan jawatan kosong bagi jawatan tersebut di atas ialah pada 14 Mei 2019 ( Selasa ), jam 5.00 petang.

ALAMAT PERMOHONAN

1. Permohonan yang lengkap diisi berserta salinan/dokumen yang telah disahkan hendaklah dialamatkan dan disampaikan kepada :

YANG DIPERTUA,
MAJLIS PERBANDARAN KAGAR, PERLIS,
NO. 192, PERSIARAN JUBLI EMAS,
01000 KANGAR,
PERLIS.
(u.p. : Jabatan Khidmat Pengurusan)


2. Sila tuliskan ’nama jawatan’ disebelah atas kiri sampul surat bagi permohonan jawatan yang dikemukakan.

MAKLUMAT AM :

1. Permohonan berikut AKAN DITOLAK sekiranya :

(i). Tidak menggunakan Borang PABMS/MPK.Ps-12-R1.

(ii). Tidak menyertakan salinan dokumen/Sijil yang disyaratkan.

(iii). Menyertakan salinan dokumen/Sijil yang tidak dibuat pengesahan.

(iv). Borang permohonan tidak diisi dengan lengkap dan tulisan tidak terang / jelas.

(v). Memohon jawatan yang tidak diiklankan.

(vi). Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan.

(vii). Borang permohonan tidak ditandatangani.

(viii). Borang permohonan yang diterima selepas tarikh tutup permohonan;

dan

2. Hanya calon yang layak akan dipanggil untuk ditemuduga.

3. Segala perbelanjaan berhubung permohonan ini dan bagi menghadiri temuduga sekiranya dipilih untuk peringkat tersebut tidak akan ditanggung oleh Majlis Perbandaran Kangar, Perlis.

4. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah dianggap tidak berjaya.

5. Sila ambil maklum pengambilan Pekerja Sambilan Harian(PSH) bukan suatu jaminan untuk diserap sebagai pegawai lantikan tetap.

Muat turun borang permohonan jawatan disini
Info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© JOBS . All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong