Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) – Tarikh Tutup 31 Mei 2019

Jawatan kosong terkini di Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) Mei 2019. Permohonan adalah dipelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan di Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) sebagai :

1. PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA GRED JA29
2. PENOLONG JURUTERA GRED JA29
3. PENOLONG PEGAWAI UNDANG-UNDANG GRED L29
4. PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN GRED W29

TARIKH TUTUP PERMOHONAN 31 MEI 2019
Lokasi Penempatan : MPHTJ, Melaka
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) Mei 2019


CARA MEMOHON :

i. Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya yang boleh didapati dari laman web MPHTJ iaitu http://www.mphtj.gov.my atau datang sendiri ke Aras 2, Jabatan Khidmat Pengurusan, Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya atau sila muat turun pada pautan link yang diberikan di bawah.

ii. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegera Malaysia dan keutamaan kepada anak kelahiran Negeri Melaka.

iii. Permohonan hendaklah disertakan dengan sesalinan sijil-sijil kelayakan dan dokumen yang disahkan. Permohonan yang tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan akan ditolak dengan serta merta

iv. Pemohon-pemohon yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan, Badan-Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah mengemukakan salinan kenyataan perkhidmatan yang telah dikemaskini dan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) terkini dan dihantar melalui majikan masing-masing.

v. Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar di dalam sampul surat berukuran 32sm x 22sm. Di sudut atas sebelah kiri sampul hendaklah ditulis NAMA JAWATAN yang dipohon.

vi. Pemohon hendaklah menyediakan sampul surat berukuran 10sm x 23sm beserta stem RM0.60 sen semasa menghantar borang permohonan dan hendaklah ditulis NAMA JAWATAN yang dipohon di sudut atas sebelah kiri sampul dan alamat surat menyurat.

vii. Alamat permohonan dan tarikh tutup permohonan :

Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya
SF-01, Aras 2,
Kompleks Melaka Mall,
Jalan Tun Abdul Razak – Ayer Keroh,
75450 Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya, Melaka
(U.P : BAHAGIAN SUMBER MANUSIA, JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN)


TARIKH BUKA PERMOHONAN : 17 MEI 2019
TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 31 MEI 2019

Muat turun iklan dan syarat kelayakan disini

Muat turun borang permohonan jawatan disini
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong