Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) – Tarikh Tutup 03 Jun 2019

Jawatan kosong kerajaan terkini di Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) Jun 2019. Permohonan adalah dipelawa kepada Warganegara Malaysia keutamaan kepada Rakyat Negeri Johor yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan tetap di Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) sebagai :

1. Pegawai Tadbir N41
2. Jurutera J41
3. Penolong Pegawai Kesihatan dan Persekitaran U29
4. Pembantu Penguat Kuasa KP19
5. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19

Tarikh Tutup Permohonan pada 03 Jun 2019
Lokasi Penempatan : MPBP
Sektor Pekerjaan : Kerajaan

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) Jun 2019


PERMOHONAN

Permohonan hendaklah dibuat dalam Borang Permohonan Jawatan yang boleh dimuat turun secara percuma di laman web: www.mpbp.gov.my atau sila muat turun pada link yang diberikan di bawah.

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada:

Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Batu Pahat
Jalan Pejabat
83000 Batu Pahat


TARIKH TUTUP PERMOHONAN IALAH PADA 3 JUN 2019

PERHATIAN KEPADA PEMOHON:

1. Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan-badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan mestilah melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am 17 Bab A 2005 dan hendaklah disertakan dengan Salinan Penyata Rekod Perkhidmatan yang kemaskini serta Laporan Nilaian Prestasi Tahunan terkini ;

2. Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran passport, salinan kad pengenalan, sijil lahir, sijil berhenti sekolah, sijil-sijil persekolahan, kelulusan akademik, transkrip keputusan peperiksaan semua semester dan dokumen-dokumen lain yang telah diakui sah oleh Pegawai Kerajaan atau Badan Berkanun Gred 41 ke atas / Penghulu / Ketua Kampung / Pengetua / Guru Besar / Pesuruhjaya Sumpah atau mereka yang diperakui pengesahan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam;

3. Permohonan yang lewat , tidak lengkap atau tidak mengikut syarat di atas akan ditolak;

4. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga; dan

5. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

6. Pentadbiran MPBP tidak akan bertanggungjawab atau menanggung segala perbelanjaan berkaitan dengan temuduga.

Muat turun iklan dan syarat kelayakan disini

Muat turun borang permohonan jawatan disini
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong