Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong MAIK – Tarikh Tutup 03 Jun 2019

Jawatan kosong kerajaan terkini di Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) Jun 2019. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia (keutamaan diberikan kepada peranakan Negeri Kelantan) yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) sebagai :

1. Pegawai Psikologi S41
2. Pegawai Hal Ehwal Islam (Pensyarah Qiraat) S41
3. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat FA29
4. Penolong Pegawai Tanah NT29

Tarikh Tutup Permohonan pada 03 Jun 2019 (Isnin)
Lokasi Penempatan : MAIK Kelantan
Sektor Pekerjaan : Kerajaan

Jawatan Kosong MAIK Jun 2019


CARA MEMOHON

i) Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan (MUI)Kn. 1/93 dengan cara memuat turun dari laman sesawang MAIK , atau mengambil sendiri di Bahagian Khidmat Pengurusan, Tingkat 1, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan, atau sila muat turun borang permohonan pada link yang diberikan di bawah.

ii) Permohonan dari pegawai sedang berkhidmat hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan berserta Laporan Penilaian Prestasi Tahun 2018 / terkini dan kenyataan perkhidmatan yang dikemaskini.

iii) Salinan sah sijil-sijil persekolahan, kad pengenalan, surat beranak serta surat berkaitan bersama gambar berukuran passport yang telah disahkan oleh pegawai perkhidmatan gred 41 dan ke atas hendaklah dikembarkan bersama borang permohonan.

iv) Permohonan yang tidak mengikut peraturan dan lewat diterima tidak akan dilayan.

ALAMATKAN PERMOHONAN KEPADA :

Permohonan hendaklah sampai ke alamat berikut:

YABrs. Dr Timbalan Yang Dipertua,
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan,
Kompleks Islam Darulnaim, Lundang,
15200 KOTA BHARU.

SEBELUM ATAU PADA 03 JUN 2019

PERKARA AM

1)  Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga.

2)  Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh tutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Muat turun borang permohonan jawatan disini

Iklan dan syarat permohonan jawatan disini
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong