Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) – Tarikh Tutup 10 Jun 2019

Jawatan kosong terkini di Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) Jun 2019. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegra Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) sebagai :

1. PEGAWAI TADBIR GRED SETARA 41

TARIKH TUTUP PERMOHONAN 10 JUN 2019
LOKASI : LANGKAWI KEDAH
SEKTOR : BADAN BERKANUN

Jawatan Kosong Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) Jun 2019


Jawatan : PEGAWAI TADBIR GRED SETARA 41 (1 Jawatan) 

1. Syarat Lantikan
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

a) Warganegara Malaysia;

b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

c) i) Ijazah Sarjana Muda yang diktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
atau

ii) Ijazah Sarjana Muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

2. Syarat kelayakan Bahasa Melayu

Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Bahasa Melayu Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

3. Taraf Jawatan

Kontrak (Contract For Service)

4. Penaklukan Di Bawah Syarat-Syarat Skim Perkhidmatan

Pegawai yang memasuki perkhidmatan-perkhidmatan di atas adalah tertakluk kepada syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

5. Panduan Memohon

Borang-borang permohonan boleh didapati dengan melayari laman web LADA di alamat www.lada.gov.my. ATAU Sila muat turun pada link yang diberikan di bawah.

a) Borang permohonan yang telah siap diisi hendaklah disertakan dengan salinan seperti berikut:-

i) Kad Pengenalan;
ii) Sijil Kelahiran;
iii) Sijil Berhenti Sekolah;
iv) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
v) Sijil dan Transkrip Ijazah; dan
vi) Lain-lain sijil yang berkaitan(kurikulum & kokurikulum).

Setiap permohonan mestilah ditulis (NAMA JAWATAN YANG DIPOHON) di bahagian atas sebelah kiri sampul.

Permohonan yang telah lengkap diisi dan ditandatangani hendaklah dikemukakan ke alamat seperti di bawah:-

Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Pembangunan Langkawi
Tingkat 3, Kompleks LADA
Jalan Persiaran Putra
07000 Kuah, Langkawi
KEDAH DARUL AMAN
(u.p. Bahagian Sumber Manusia & Khidmat Pengurusan)


Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temu duga. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup permohonan hendaklah menganggap bahawa permohonan mereka tidak berjaya.

6. Permohonan yang ditolak

Borang-borang permohonan permohonan yang tidak lengkap seperti berikut tidak akan dipertimbangkan :

a) Tidak disertakan gambar terbaru yang berukuran pasport seperti ditetapkan;

b) Tidak disertakan salinan dokumen yang diperlukan seperti di para 5(a);

c) Tidak lengkap dan tidak terang;

d) Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan;

e) Tidak menandatangani borang permohonan; dan

f) Mengemukakan maklumat palsu.

7. Tarikh tutup

Tarikh tutup permohonan ialah pada 10 Jun 2019. Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah menghubungi Bahagian Sumber Manusia dan Khidmat Pengurusan di talian 04-9600 600.

Muat turun iklan dan syarat lantikan disini

JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong