Follow Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) – Tarikh Tutup 09 Jun 2019

Jawatan kosong kerajaan terkini di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Jun 2019. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sebagai :

1. JURUTERA GRED J41

TARIKH TUTUP PERMOHONAN 09 JUN 2019 (AHAD)
LOKASI : PUTRAJAYA
SEKTOR : KERAJAAN

Jawatan Kosong Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Jun 2019
Jawatan Kosong Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Jun 2019


Jawatan : Jurutera Gred J41
Kumpulan : Pengurusan dan Profesional
Kem/Jab : Pelbagai Kementerian/Jabatan

JADUAL GAJI

Gaji Minimum - Maksimum : RM2,529 - RM9,643
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM225

Syarat Lantikan :

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred J41 : RM2,529.00).

Syarat Bahasa Melayu

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

Syarat Peningkatan Secara Lantikan

3. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Jurutera adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Jurutera Gred J41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

(a) (i) mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); dan

(ii) lulus Peperiksaan Badan Ikhtisas Bahagian I dan II anjuran Lembaga Arkitek Malaysia/Persatuan Arkitek Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan

(b) had umur pelantikan:

i. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
ii. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
iii. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Deskripsi Tugas :

Melaksanakan penyelenggaraan dan pembaikan ke atas semua bangunan dan kemudahan awam serta mengawasi aspek kejuruteraan.

Cara Memohon

Individu yang berminat serta berkelayakan hendaklah membuat permohonan jawatan secara atas talian 'online' pada laman rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awan Malaysia (SPA8) di http://www.spa.gov.my ATAU sila klik pada link permohonan secara online di bawah.

Calon-calon yang telah mendaftar permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula. Namun demikian, sila pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku iaitu dalam tempoh setahun daripada tarikh mendaftar.

Tarikh tutup bagi jawatan adalah pada 09 Jun 2019 (Ahad) jam 11.59 malam.

Permohonan dan semakan jawatan secara online disini
JOM SERTAI KAMI DI WHATSAPP CHANNEL !
Jom sertai kami di WhatsApp Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke WhatsApp anda. Kini telah ramai menyertai kami dan mengaktifkan pemberitahuan di WhatsApp Channel agar tidak ketinggalan info terkini mengenai jawatan kosong yang kami kemaskini.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong
Ikuti kami di WhatsApp
Jom follow kami di whatsapp channel sekarang untuk info jawatan kosong yang lebih banyak dan terkini.
KLIK DISINI