Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) – Tarikh Tutup 07 Jun 2019

Jawatan kosong kerajaan terkini di Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) Jun 2019. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) sebagai :

1. PENOLONG PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL GRED DV29

Kelayakan : DIPLOMA

Tarikh Tutup Permohonan pada 07 Jun 2019 (Jumaat)
Lokasi Penempatan : Seluruh Malaysia
Sektor Pekerjaan : Kerajaan

Jawatan Kosong Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) Jun 2019
Jawatan Kosong Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) Jun 2019
Jawatan Kosong Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) Jun 2019

Jawatan : Penolong Pegawai Latihan Vokasional / Pegawai Latihan Vokasional
(Skim Perkhidmatan Bersepadu)

Kumpulan: Pengurusan dan Profesional, Pelaksana (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
Kem/Jab: Kementerian Sumber Manusia
  • Institut Latihan Perindustrian (ILP)
  • Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC)
  • Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI)
  • Kementerian Belia dan Sukan
  • Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN)
Jadual Gaji

Gaji Minimum : RM1,549 - RM6,179
Gaji Maksimum : RM5,701 - RM13,252
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM145 - RM320

SYARAT LANTIKAN :

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

KELAYAKAN LANTIKAN KE JAWATAN PENOLONG PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL GRED DV29

(c)

(i) sijil teknologi kejuruteraan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DV29: RM1,549.00); atau

(ii) sijil kejuruteraan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DV29: RM1,549.00); atau

(iii) Diploma Kemahiran Malaysia dalam bidang kejuruteraan atau teknologi kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DV29 :RM1,624.20); atau

(iv) Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia dalam bidang kejuruteraan atau teknologi kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DV29 :RM1,699.40); atau

(v) diploma teknologi kejuruteraan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajiantinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DV29: RM1,784.80); atau

(vi) diploma dalam bidang kejuruteraan, seni bina, ukur bahan, ukur tanah atau ukur bangunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DV29: RM1,860.00).

KELAYAKAN LANTIKAN KE JAWATAN PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL GRED DV41

(d)

(i) ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang teknologi kejuruteraan atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DV41: RM2,322.00); atau

(ii) ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang kejuruteraan, seni bina, ukur bahan, ukur tanah, ukur bangunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DV41:RM2,529.00).

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

2. Calon yang memiliki kelayakan di perenggan 1(c) dan 1(d) hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

SYARAT LANTIKAN TERUS KE JAWATAN PENOLONG PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL GRED DV35, DV37, DV39

3. Calon adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik yang berkenaan bagi lantikan terus ke jawatan Pegawai Latihan Vokasional Gred DV35, DV37 atau DV39 yang kosong jika memenuhi syarat-syarat seperti berikut:

(a) memenuhi syarat lantikan seperti di perenggan 1(a),1(b),1(c) dan 2; dan

(b) mempunyai tahap pengalaman/kemahiran dan kemampuan mengajar bidang-bidang ketukangan berkenaan seperti yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik.

(Gaji permulaan ialah pada Gred DV35: RM3,225.00/
Gaji permulaan ialah pada Gred DV37: RM3,630.00/
Gaji permulaan ialah pada Gred DV39: RM5,015.00.


SYARAT LANTIKAN TERUS KE JAWATAN PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL GRED DV43, DV47, DV51, DV53

3. Calon adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik yang berkenaan bagi lantikan terus ke jawatan Pegawai Latihan Vokasional Gred DV43, DV47, DV51 atau DV53 yang kosong jika memenuhi syarat-syarat seperti berikut:

(a) memenuhi syarat lantikan seperti di perenggan 1(a),1(b),1(d), 1(d) dan 2; dan

(b) mempunyai tahap pengalaman/kemahiran dan kemampuan mengajar bidang-bidang ketukangan berkenaan seperti yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik.

(Gaji permulaan ialah pada Gred DV43: RM3,608.00/
Gaji permulaan ialah pada Gred DV47: RM5,208.00/
Gaji permulaan ialah pada Gred DV51: RM5,857.00/
Gaji permulaan ialah pada Gred DV53: RM6,179.00).

DESKRIPSI TUGAS :

Penolong Pegawai Latihan Vokasional

  • Mengendalikan dan menyediakan latihan termasuk menyediakan pelan mengajar, kertas penerangan, kertas kerja, kertas tugas dan alat-alat bantuan mengajar serta memastikan pencapaian kemahiran oleh pelatih-pelatih, mengajar dalam amali dan teori.
  • Mengawas pengajar-pengajar dan pelatih semasa di bengkel seperti dari segi kebersihan, keselamatan dalam penggunaan alat-alat dan perkakas serta berdisiplin semasa latihan.
  • Menyelenggara keperluan bahan-bahan ujian.
  • Menyelia dan mengurus semua ujian-ujian dan menyelia laporan-laporan kemajuan dan ujian-ujian pelatih.
  • Menyelia semua hal ehwal latihan yang berkenaan dengan ketukangan termasuk keselamatan bengkel, kebersihan dan kerosakannya.
  • Bertanggungjawab di atas penyediaan inventori dan keluar masuk bagi semua barang-barang di bawah kawalan.
  • Merancang penyusunan mesin-mesin dan alat-alat perkakasan di bahagian-bahagian di bawah jagaannya.
  • Mengesyor pembelian alat-alat baru supaya mutu latihan dikemaskini.
  • Merancang pembahagian tugas-tugas dan jadual minggu mengikut program latihan pelatih di kalangan pengajar di bawah penyeliaannya.
  • Merancang dan membuat permohonan bekalan bahan-bahan di bengkel berdasarkan latihan dan mengemukakan kepada Ketua Bahagian.
  • Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.
CARA MEMOHON

Individu yang berminat serta berkelayakan hendaklah membuat permohonan jawatan secara online pada laman Suruhanjaya Perkhidmatan Awan Malaysia (SPA8i) di http://www.spa.gov.my atau sila klik pada link permohonan secara online di bawah.

Calon-calon yang telah mendaftar permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula. Namun demikian, sila pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku iaitu dalam tempoh setahun daripada tarikh mendaftar.

Tarikh tutup bagi jawatan adalah pada 07 Jun 2019 (Jumaat) jam 11.59 malam.

Permohonan dan semakan jawatan secara online disini
Lihat kekosongan jawatan yang lain :
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM !
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong