Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian (JKPTG) – Tarikh Tutup 09 Jun 2019

Jawatan kosong kerajaan terkini di Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian (JKPTG) Jun 2019. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian (JKPTG) sebagai :

1. PEGAWAI TADBIR N41
2. PENOLONG PEGAWAI TANAH GRED NT29

TARIKH TUTUP PERMOHONAN 09 JUN 2019 (AHAD)
LOKASI : KUALA LUMPUR
SEKTOR : KERAJAAN

Jawatan Kosong Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian (JKPTG) Tarikh Tutup 09 Jun 2019
Jawatan Kosong Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian (JKPTG) Tarikh Tutup 09 Jun 2019
Jawatan Kosong Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian (JKPTG) Tarikh Tutup 09 Jun 2019



Jawatan : Pegawai Tadbir Gred N41
Kumpulan : Pengurusan dan Profesional

JADUAL GAJI

Gaji Minimum - Maksimum : RM2,080.00 - RM9,546.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM225

Syarat Lantikan :

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) (i) ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N41: RM2,080.00); atau

(ii) ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N41: RM2,283.43).

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Peningkatan Secara Lantian

3. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Tadbir, Setiausaha Pejabat, Penghulu, Penolong Pengurus Asrama, Penolong Pegawai Tanah atau Penolong Pentadbir Tanah adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Tadbir Gred N41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

(a) mempunyai kelayakan di perenggan 1(c); atau lulus Peperiksaan Khas; dan

(b) had umur pelantikan:
i. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
ii. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
iii. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Jawatan : Penolong Pegawai Tanah Gred NT29
Kumpulan : Pelaksana
Kem/Jab : Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan, Melaka, Perlis dan Pulau Pinang

JADUAL GAJI

Gaji Minimum - Maksimum : RM1,493.00 - RM5,672.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM145

Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a. warganegara Malaysia;
b. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

c. i. Sijil dalam bidang ukur tanah atau perancang Bandar dan wilayah atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred NT29: RM1,493.00); atau

ii. Diploma dalam bidang ukur tanah, perancangan Bandar dan wilayah atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred NT29: RM1,846.15)

Syarat Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Deskripsi Tugas :

Bertanggungjawab menerima dan memproses permohonan pengambilan balik tanah untuk projek-projek Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Agensi-agensi Kerajaan, mengawasi pelaksanaan kerja-kerja penempatan dan memperakukan kepada Pemungut Hasil Tanah atau pengesahan pelan-pelan yang disediakan oleh Jabatan Ukur bagi penempatan terakhir, memproses permohonan tanah, lesen pendudukan sementara dan permit, terlibat dalam urusan pendaftaran hak milik dan urusan tanah, urusan penguatkuasaan dan tugas-tugas lain yang diarahkan.

Cara Memohon

Individu yang berminat serta berkelayakan hendaklah membuat permohonan jawatan secara 'online' pada laman rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awan Malaysia (SPA8i) di http://www.spa.gov.my ATAU sila klik pada link permohonan secara online di bawah.

Calon-calon yang telah mendaftar permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula. Namun demikian, sila pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku iaitu dalam tempoh setahun daripada tarikh mendaftar.

Tarikh tutup bagi jawatan adalah pada 09 Jun 2019 (Ahad) jam 11.59 malam.

Permohonan dan semakan jawatan secara online disini
Lihat kekosongan jawatan yang lain :
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM !
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong