Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Jabatan Penerangan Malaysia (56 Kekosongan) – Tarikh Tutup 02 Jun 2019

Jawatan kosong kerajaan terkini di Jabatan Penerangan Malaysia Jun 2019. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Jabatan Penerangan Malaysia sebagai :

1. PEMBANTU PENERANGAN GRED S19
Kelayakan : SPM/SKM

Tarikh Tutup Permohonan pada 02 Jun 2019 (Ahad)
Lokasi Penempatan : Seluruh Malaysia
Sektor Pekerjaan : Kerajaan

Jawatan Kosong Jabatan Penerangan Malaysia Jun 2019


Jawatan : Pembantu Penerangan Gred S19
Kumpulan: Pelaksana
Kem/Jab: Kementerian Penerangan

Jadual Gaji
Gaji Minimum : RM1,355
Gaji Maksimum : RM4,007
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM100

Syarat Lantikan:
i. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
a. warganegara Malaysia;
b. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
c.
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,352.00); atau
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,408.40); atau
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,464.80).

ii. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Deskripsi Tugas:

Membantu mengeluarkan nota kepada pengarang mengenai aktiviti-aktiviti Kementerian, Jabatan dan Agensi-agensi kerajaan, mengeluarkan siaran akhbar berbentuk teks ucapan, menerima dan menyemak ucapan-ucapan, kenyataan-kenyataan akhbar, membantu menganalisa dan memproses laporan bulanan aktiviti pemimpin negara, menjawab pertanyaan mengenai dasar-dasar kerajaan, mengesahkan ketetapan maklumat sebelum siaran akhbar dikeluarkan dan membantu dalam pengurusan serta penyelarasan pusat media.

Cara Memohon 

Individu yang berminat serta berkelayakan hendaklah membuat permohonan jawatan secara online pada laman Suruhanjaya Perkhidmatan Awan (SPA8i) Malaysia di http://www.spa.gov.my atau sila klik pada link permohonan secara online di bawah.

Calon-calon  yang telah mendaftar permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula. Namun demikian, sila pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku iaitu dalam tempoh setahun daripada tarikh mendaftar.

Tarikh tutup bagi jawatan adalah pada 02 Jun 2019 (Ahad) jam 11.59 malam.

Permohonan dan semakan jawatan secara online disini
Lihat kekosongan jawatan yang lain :
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM !
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong