Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) – Tarikh Tutup 09 Jun 2019

Jawatan kosong kerajaan terkini di Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Jun 2019. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sebagai :

1. PENOLONG PEGAWAI PERTAHANAN AWAM GRED KP29

KELAYAKAN : STPM/DIPLOMA

TARIKH TUTUP PERMOHONAN 09 JUN 2019 (AHAD)
LOKASI : KUALA LUMPUR
SEKTOR : KERAJAAN

Jawatan Kosong Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Tarikh Tutup 09 Jun 2019
Jawatan Kosong Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Tarikh Tutup 09 Jun 2019


Jawatan : Penolong Pegawai Pertahanan Awam Gred KP29
Kumpulan:Pelaksana
Kem/Jab:Jabatan Pertahanan Awam

JADUAL GAJI

Gaji Minimum - Maksimum : RM1,493 - RM5,696
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM145

Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a. warganegara Malaysia;

b. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

c. i. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred KP29 : RM1,493.00); atau

ii. Sijil Tinggi Agama Malaysia yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred KP29 : RM1,493.00);

iii. Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Sarjan atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP29: RM 1,493.00);atau

iv. Diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya..
(Gaji permulaan ialah pada Gread KP29: RM 1,770.95).

d. dan mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pacaindera seperti yang berikut:

i. tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
ii. berat badan sekurang-kurangnya 48 kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
iii. mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
iv. mempunyai sekurang-kurangnya 81sm ukuran dada yang biasa dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
v. lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
vi. pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
vii. diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.

Syarat Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan dengan kelayakan 1(c)(i), (ii) dan (iv) hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan

3. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Pertahanan Awam adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Pertahanan Awam Gred KP29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

a. i. mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); atau
ii. lulus Peperiksaan Khas; dan

b. had umur pelantikan:

i. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
ii. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
iii. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Deskripsi Tugas :

Bertanggungjawab atas pentadbiran dan perancangan bagi peringkat negeri pada keseluruhan dalam semua aspek pertahanan awam iaitu latihan dan gerakan. Menyelia dan mengkordinasikan tugas-tugas dan tanggungjawab Pegawai-pegawai Latihan dan Ketua-ketua Cawangan.

Cara Memohon

Individu yang berminat serta berkelayakan hendaklah membuat permohonan jawatan secara 'online' pada laman rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awan Malaysia (SPA8i) di http://www.spa.gov.my ATAU sila klik pada link permohonan secara online di bawah.

Calon-calon yang telah mendaftar permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula. Namun demikian, sila pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku iaitu dalam tempoh setahun daripada tarikh mendaftar.

Tarikh tutup bagi jawatan adalah pada 09 Jun 2019 (Ahad) jam 11.59 malam.

Permohonan dan semakan jawatan secara online disini
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong