Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) – Tarikh Tutup 27 Mei 2019

Jawatan kosong terkini di Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Mei 2019. AMANAH IKHTIAR MALAYSIA, sebuah badan Amanah Persendirian di bawah Akta Amanah (Pemerbadanan) 1952 (pindaan 1981) (Akta 258) bertujuan mengurangkan kemiskinan di Malaysia melalui Skim Pembiayaan Ikhtiar mempelawa calon yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut :

1. PEREKA GRAFIK DAN PRODUK GRED F1

TARIKH TUTUP PERMOHONAN 27 MEI 2019
LOKASI : KUALA LUMPUR
SEKTOR : BERKANUN

Jawatan Kosong Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Mei 2019


1. NAMA JAWATAN : PEREKA GRAFIK DAN PRODUK
2. GRED : F1 (PENOLONG PEGAWAI)
3. GAJI DAN ELAUN : RM 2,606.00

KELAYAKAN:
  • Mempunyai Diploma dalam bidang Kreatif Multimedia / Rekabentuk atau setaraf dengannya;
  • Berpengetahuan dalam aplikasi seperti Rhinoceros 3D, Solidworks, Powershape, Adobe Photoshop, AutoCad;
  • Berpengalaman kerja sekurang-kurangnya 2 tahun dalam bidang rekabentuk adalah satu kelebihan;
  • Mempunyai perwatakan dan sahsiah diri yang baik;
  • Berdaya kreatif, inovatif, strategik dan berfikiran positif serta mampu bekerja berpasukan atau sendirian;
SKOP KERJA :
  • Mewujudkan, merancang serta melaksanakan tugasan dengan bijak dan tepat dalam memenuhi keperluan pengguna, keperluan perniagaan dan kekangan teknikal;
  • Melaksanakan projek mengikut garis masa yang diberikan;
  • Berpengalaman dengan pembinaan prototaip (dari peringkat idea) melalui pelancaran dan seterusnya;
  • Berkeupayaan untuk mengambil misi produk, data penyelidikan pengguna dan analisis dan menterjemahkannya;
  • Bekerjasama dengan pelbagai pihak bagi tujuan pembentukan konsep, dokumentasi, merekabentuk dan mengembangkan konsep produk baru;
  • Melaksanakan tugas-tugas ad-hoc yang lain dari semasa ke semasa;
Calon yang berminat hendaklah menghantar permohonan ke alamat di bawah bersama-sama dengan Surat Permohonan, Salinan Diploma dan Transkrip, Salinan Sijil Pelajaran Malaysia, Salinan Sijil Tamat Persekolahan, Salinan Kad Pengenalan, Salinan Sijil Kelahiran, Salinan Lesen Memandu Dan Sekeping Gambar Berukuran Pasport (tidak dikembalikan).

Permohonan hendaklah sampai sebelum atau pada 27 Mei 2019

Sila nyatakan jawatan yang dipohon di sebelah kanan sampul surat.

Alamatkan permohonan anda kepada :

PENGURUS KANAN
PENGURUSAN BAKAT & PEMBANGUNAN ORGANISASI
Ibu Pejabat, Amanah Ikhtiar Malaysia
Menara Amanah Ikhtiar
No. 3, Jalan Cempaka SD12/1A
Bandar Sri Damansara PJU9
52200 Kuala Lumpur


Tel : 03-6274 8810 Faks : 03-6274 8863

(Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga)
Lihat kekosongan jawatan yang lain :
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM!
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong