Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Universiti Teknologi Malaysia (UTM) – Tarikh Tutup 02 Mei 2019

Jawatan kosong kerajaan terkini di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Mei 2019. Permohonan adalah dipelawa daripada individu yang dinamik, inovatif dan bercita-cita tinggi untuk bersama-sama menerokai teknologi baru dalam usaha merealisasikan Wawasan Universiti dan Wawasan 2020. Selaras dengan hasrat ini, calon-calon yang berkelayakan adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di UTM sebagai :-

1. PEMBANTU AWAM GRED H11
2. PEMANDU KENDERAAN GRED H11
3. ARKITEK JA41
4. JURUUKUR BAHAN JA41
5. JURUTERA JA41
6. PENGAWAL KESELAMATAN KP11
7. PEMBANTU OPERASI N11
8. PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT NA19
9. PENOLONG PEGAWAI TADBIR NA29
10. PEGAWAI PENERBITAN NA41
11. PEGAWAI TADBIR NA41
12. PEMBANTU PUSTAKAWAN SA19
13. PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM SA19
14. JURURAWAT UA29
15. PEGAWAI PERUBATAN UD43

TARIKH TUTUP PERMOHONAN PADA 02 MEI 2019
LOKASI : JOHOR & KUALA LUMPUR
SEKTOR : KERAJAAN

Jawatan Kosong Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Mei 2019


CARA DAN PERATURAN PERMOHONAN:

1. Pemohon hendaklah membuat permohonan secara atas talian (online) dan melengkapkan semua maklumat termasuk memuat naik GAMBAR dan menjawab soalan Inventori Personaliti Staf Sokongan Baru (IPSB) melalui laman web UTM. ( Sila lihat pada link yang diberikan dibawah)

2. Bayaran RM20.00 dikenakan bagi satu (1) jawatan. Sila simpan resit bayaran sebagai bukti pembayaran.

3. Sila masukkan maklumat yang benar, lengkap dan tepat. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.

4. Calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.

5. Salinan sijil-sijil akademik dan sijil berkaitan perlu DISAHKAN dan dibawa ketika sesi temuduga dijalankan. (Pengesahan oleh Pegawai Kerajaan Gred A dan keatas)

6. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tempoh (6) enam bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

7. Pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Kerajaan/Badan-badan Berkanun/Kuasa Tempatan hendaklah mengemukakan surat sokongan Ketua Jabatan serta salinan Buku Perkhidmatan dan Laporan Penilaian Prestasi terkini melalui pos kepada:

Jabatan Pendaftar (Seksyen Perjawatan & Kenaikan Pangkat)
Bahagian Sumber Manusia,
Universiti Teknologi Malaysia,
81310 Johor Bahru


JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong