Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Majlis Daerah Gerik – Tarikh Tutup 20 Mei 2019

Jawatan kosong kerajaan terkini Mei 2019. Jawatan kosong kerajaan Perak Mei 2019. Permohonan adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia (keutamaan kepada rakyat Negeri Perak) yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan berkelayakan serta berinovasi untuk mengisi kekosongan jawatan kosong di Majlis Daerah Gerik seperti berikut:-

1. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U29
2. Penolong Pegawai Tadbir N29
3. Pembantu Penilaian W19

TARIKH TUTUP PERMOHONAN PADA 20 MEI 2019
LOKASI : PERAK
SEKTOR : KERAJAAN

Jawatan Kosong Majlis Daerah Gerik Mei 2019


PERMOHONAN :

Semua permohonan hendaklah dibuat melalui borang yang boleh didapati melalui laman web Majlis Daerah Gerik, www.gerik.gov.my atau sila muat turun pada pautan link yang diberikan di bawah. Tarikh tutup permohonan ialah pada 20 MEI 2019.

(a) Semua permohonan hendaklah dikemukakan kepada:

YANG DIPERTUA,
MAJLIS DAERAH GERIK,
JALAN HAJI MEOR YAHAYA,
33300 GERIK,
PERAK DARUL RIDZUAN.


(b) Pemohon-pemohon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah membuat permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut peraturan 17: Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 dan pastikan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini serta Laporan Nilaian Prestasi Tahunan yang terakhir dikepilkan.

(c) Pemohon yang berjaya akan dimaklumkan melalui surat atau telefon bimbit yang diberikan. Bagi permohonan yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup adalah dianggap tidak berjaya.

CARA MEMOHON :

(a) Borang permohonan jawatan boleh didapati melalui laman web www.gerik.gov.my atau sila muat turun pada link yang diberikan di bawah.

(b) Sertakan bersama gambar ukuran pasport, salinan kad pengenalan, sijil-sijil persekolahan dan sijil-sijil yang berkaitan yang telah disahkan.

(c) Alamatkan permohonan ke :-

YANG DIPERTUA,
MAJLIS DAERAH GERIK,
JALAN HAJI MEOR YAHAYA,
33300 GERIK,
PERAK.


(d) Tarikh tutup permohonan adalah pada 20 MEI 2019.

Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga.

JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong