Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) – Tarikh Tutup 12 Mei 2019

Jawatan kosong kerajaan terkini Mei 2019. Jawatan kosong kerajaan Johor Mei 2019. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia (Keutamaan akan diberi kepada rakyat Negeri Johor Darul Ta’zim atau Warganegara Malaysia yang telah menduduki Negeri Johor tidak kurang dari tiga (3) tahun berturut-turut) yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) sebagai :-

1. Pembantu Kesihatan Awam U19
2. Pembantu Penguat Kuasa (Tempat Letak Kereta) KP19

TARIKH TUTUP PERMOHONAN PADA 12 MEI 2019
LOKASI : JOHOR
SEKTOR : KERAJAAN

Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) Mei 2019


CARA MEMOHON :

a) Permohonan hendaklah menggunakan Borang MBJB/BSM/2014/1 yang boleh didapati daripada Bahagian Sumber Manusia, Aras 4, Bangunan Majlis Bandaraya Johor Bahru ATAU pemohon boleh muat turun borang permohonan daripada laman web Majlis Bandaraya Johor Bahru di alamat www.mbjb.gov.my atau sila klik pada pautan link dibawah.

b) Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat mestilah membuat permohonan melalui Ketua Jabatan mengikut Perintah Am Bab ‘A’ Bil.17 di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) Tahun 2005 dan memastikan Laporan Penilaian Prestasi dan Penyata Perkhidmatan yang dikemaskini disertakan bersama-sama.

c) Tarikh tutup permohonan ialah pada 12 MEI 2019

d) Semua permohonan yang dikemukakan hendaklah disertakan :-

(i) salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
(ii) salinan Sijil Penilaian Menengah Rendah (PMR);
(iii) salinan transkrip pengajian;
(iv) Salinan sijil Diploma/Ijazah;
(v) salinan semakan Pengiktirafan Kelayakan dari JPA melalui laman web interaktif http://www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm (Sijil / Diploma / Ijazah);
(vi) salinan sijil/dokumen akademik dan lain-lain yang berkaitan;
(vii) salinan Lesen Kelas Memandu;
(viii) salinan kad pengenalan;
(ix) salinan sijil kelahiran; dan
(x) gambar berukuran pasport terbaru.

dan hendaklah diakui sah serta alamatkan kepada :-

DATUK BANDAR
MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU
PETI SURAT 232
80720 JOHOR BAHRU


e) Untuk maklumat lanjut sila layari laman web rasmi Majlis Bandaraya Johor Bahru di alamat www.mbjb.gov.my.

CATATAN AM :

(a) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
(b) Segala perbelanjaan kerana menghadiri temuduga adalah tanggung jawab calon sendiri.
(c) Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan tidak berjaya.


JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong