Follow Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Kerajaan Negeri Pulau Pinang – Tarikh Tutup 12 Mei 2019

Jawatan kosong kerajaan terkini di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang (SUK Pulau Pinang) Mei 2019. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang (SUK Pulau Pinang) sebagai :

1. OPERATOR LOJI H11

KELAYAKAN : SRP/ PMR/ PT3

*Keutamaan kepada calon yang memiliki sekurang-kurangnya Perakuan Kebolehan Drebar Enjin (Enjin Pembakaran Dalam) Gred 2 atau Perakuan Kebolehan Drebar Enjin (Dandang Stim/Enjin Stim) Gred 2 yang dikeluarkan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.

*Berkebolehan mengendalikan Loji Pembakaran Dalam 40-100 Kuasa Kuda atau Loji Stim/Dandang yang luas permukaan pembakarannya di bawah 100 kaki persegi.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN 12 MEI 2019 (AHAD)
LOKASI : PULAU PINANG

Jawatan Kosong Kerajaan Negeri Pulau Pinang Mei 2019
Jawatan : Operator Loji Gred H11
Kumpulan: Pelaksana
Kem/Jab: Pelbagai Kementerian/Jabatan

Jadual Gaji:

Gaji Minimum : RM1,218
Gaji Maksimum : RM2,939
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM80

Syarat Lantikan:

i. warganegara Malaysia;

ii. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
  • sekurang-kurangnya Perakuan Kebolehan Drebar Enjin (Enjin Pembakaran Dalam) Gred 2 atau Perakuan Kebolehan Drebar Enjin (Dandang Stim/Enjin Stim) Gred 2 mengikut mana yang berkenaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan; dan
  • berkebolehan mengendalikan Loji Pembakaran Dalam 40-100 Kuasa Kuda atau Loji Stim/Dandang yang luas permukaan pembakarannya di bawah 100 kaki persegi mana yang berkenaan.(Gaji permulaan ialah pada Gred H11: RM1,264.15).
iii. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Deskripsi Tugas:

Bertanggungjawab ke atas pengendalian loji/jentera statik jabatan sama ada dandang stim atau enjin pembakaran dalam, penyenggaraan berjadual/berkala ke atas dandang, prosedur keselamatan dandang serta pengurusan sistem sokongan yang bersangkutan dengan dandang seperti mana diperuntukkan dalam peraturan yang berkuat kuasa di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 serta Akta Kilang dan Jentera 1967.

CARA MEMOHON

Permohonan hendaklah dibuat secara online menerusi laman portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) di www.spa.gov.my atau sila klik pada pautan link yang diberikan di bawah. Bagi calon-calon yang telah mendaftar permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula. Namun demikian, sila pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku iaitu dalam tempoh setahun daripada tarikh mendaftar. Tarikh tutup permohonan baru bagi jawatan ini adalah sebelum atau pada 12 Mei 2019 (Ahad) jam 11.59 malam.

Permohonan jawatan secara online disini
JOM SERTAI KAMI DI WHATSAPP CHANNEL !
Jom sertai kami di WhatsApp Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke WhatsApp anda. Kini telah ramai menyertai kami dan mengaktifkan pemberitahuan di WhatsApp Channel agar tidak ketinggalan info terkini mengenai jawatan kosong yang kami kemaskini.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong
Ikuti kami di WhatsApp
Jom follow kami di whatsapp channel sekarang untuk info jawatan kosong yang lebih banyak dan terkini.
KLIK DISINI