Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) – Tarikh Tutup 12 Mei 2019

Jawatan kosong kerajaan terkini di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Mei 2019. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebagai :

1. PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT S41
2. PENOLONG PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT S29

TARIKH TUTUP PERMOHONAN PADA 12 MEI 2019 (AHAD)
LOKASI : PELBAGAI NEGERI
SEKTOR : KERAJAAN

Jawatan Kosong Jabatan kebajikan Masyarakat (JKM) Mei 2019

Jawatan Kosong Jabatan kebajikan Masyarakat (JKM) Mei 2019
Jawatan Kosong Jabatan kebajikan Masyarakat (JKM) Mei 2019

Jawatan Kosong Jabatan kebajikan Masyarakat (JKM) Mei 2019


Jawatan : Pegawai pembangunan Masyarakat Gred S41
Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
Kem/Jab: Pelbagai Kementerian/Jabatan
Jadual Gaji:

Gaji Minimum : RM2,078
Gaji Maksimum : RM9,544
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM225

SYARAT LANTIKAN :

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) (i) ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. 
(Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM2,078.00); atau
(ii) ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. 
(Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM2,281.86)

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

a)

i) mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); atau

ii) lulus Peperiksaan Khas; dan

b) had umur pelantikan:

i) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau

ii) berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau

iii) berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

DESKRIPSI TUGAS :

Melaksanakan dasar, urusan pentadbiran di peringkat Jabatan dan naziran pelaksanaan program-program latihan yang telah dirancang oleh Kementerian.

Jawatan : Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S29
Kumpulan: Pelaksana
Kem/Jab:Pelbagai Kementerian/ Jabatan

Jadual Gaji:

Gaji Minimum : RM1,493
Gaji Maksimum : RM5,672
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM145

Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a. warganegara Malaysia;

b. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

c. i. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji Permulaan pada Gred S29 : RM1,493.00); atau

ii. Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji Permulaan pada Gred S29 : RM1,493.00); atau

iii. Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred S29 : RM1,770.95)

Syarat Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

Syarat Peningkatan Secara Lantikan

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Pembangunan Masyarakat adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

a. i) mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); dan

ii) lulus Peperiksaan Khas; dan

b. had umur pelantikan:

i) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau

ii) berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau

iii) berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Deskripsi Tugas :

Memberi khidmat runding cara, merangka aktiviti harian dan mengawasi penghuni pusat pemulihan dadah dan penjara. Mengawasi, memberi kaunseling kepada pesalah akhlak dan juvana. Mengurus bantuan kepada orang-orang cacat, tua, miskin, papa dan mangsa bencana.

CARA MEMOHON

Permohonan hendaklah dibuat secara online menerusi laman portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) di www.spa.gov.my atau sila klik pada pautan link yang diberikan di bawah. Bagi calon-calon yang telah mendaftar permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula. Namun demikian, sila pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku iaitu dalam tempoh setahun daripada tarikh mendaftar. Tarikh tutup permohonan baru bagi jawatan ini adalah sebelum atau pada 12 Mei 2019 (Ahad) jam 11.59 malam.

Lihat kekosongan jawatan yang lain :
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM !
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong