Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Temuduga Terbuka Sebagai Penemu Duga Sambilan di SKMM Pada 6 - 7 Mac 2019

Temuduga terbuka di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Mac 2019. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mempelawa pemohon yang berminat untuk memohon jawatan Penemu duga Sambilan di Pusat Pungutan Data Berkomputer di CYBERJAYA. Tugas tersebut tidak melibatkan aktiviti berbentuk jualan. Sekiranya anda peramah, sentiasa sabar dan bersopan santun dalam perbualan, kami ingin berjumpa dengan anda.

JAWATAN : PENEMU DUGA SAMBILAN

Pemohon yang berminat dan memenuhi kriteria kelayakan dijemput untuk menghadiri temuduga terbuka dengan membawa MyKad asal dan Sijil SPM di :

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Aras Bawah, MCMC Tower 1 , Jalan IMPACT 
Cyber 6, 63000 Cyberjaya ,
Selangor.

Tarikh Temuduga : 06 - 07 Mac 2019 (Rabu - Khamis)
Waktu : 10:00 pagi hingga 4:00 petang

Kegagalan membawa semua dokumen yang diperlukan untuk temu duga boleh mengakibatkan permohonan ditolak.

Temuduga Terbuka SKMM Mac 2019


Tanggungjawab :
  • Menjalankan pelbagai soal selidik melalui temu bual telefon Mematuhi polisi dan prosedur dalam mengendalikan soal selidik Bekerja sebagai sebuah pasukan
  • Menjaga kerahsiaan maklumat responden 
Kelayakan :
  • Warganegara Malaysia yang memiliki kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang setaraf dengan kepujian dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris (Pemohon yang matang walaupun tidak mempunyai syarat ini akan dipertimbangkan
  • Kemahiran bertutur dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Pengetahuan bertutur dalam bahasa lain akan menjadi satu kelebihan (Bahasa Kantonis/Mandarin/Tamil atau bahasa-bahasa lain) 
  • Mempunyai perwatakan yang disenangi dan kemahiran komunikasi yang baik 
  • Berkemampuan untuk bertutur dengan jelas dan mempunyai nada suara yang baik adalah satu kemestian
  • Pengalaman mengumpul data atau bekerja di pusat panggilan pelanggan merupakan satu kelebihan 
  • Pesara yang mahir menggunakan tetikus komputer dan papan kekunci juga akan dipertimbangkan
Maklumat tambahan:
  • Ini adalah jawatan penemu duga sambilan yang berasaskan projek 
  • Tiada gaji pokok. Bayaran adalah berdasarkan bilangan temu bual yang berjaya diselesaikan
  • Hari dan waktu bekerja adalah fleksibel antara Isnin hingga Jumaat, 9:00 pagi hingga 6:00 petang
Peringatan : Anda tidak perlu memohon sekiranya anda pernah ditemuduga untuk jawatan ini.
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong