Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) - Tarikh Tutup 22 Mac 2019

Jawatan kosong terkini di Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) Mac 2019. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) sebagai :

1. Eksekutif ICT (Pengaturcaraan)
2. Juruteknik
3. Pembantu Stor
4. Pembantu Tadbir
5. Pembaca Meter

TARIKH TUTUP PERMOHONAN 22 MAC 2019 (JUMAAT)
LOKASI : SAMB, MELAKA
SEKTOR : BERKANUN

Jawatan Kosong Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) - Tarikh Tutup 22 Mac 2019


CARA MEMOHON

1. Permohonan jawatan kosong ini hendaklah menggunakan Borang SAMB 1 yang boleh dimuat turun pada laman web Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) dengan melayari www.samb.com.my atau sila muat turun pada pautan link yang diberikan di bawah.

2. Semua calon-calon yang berjaya perlu menghadiri Ujian dan Kursus-kursus yang ditetapkan sepanjang perkhidmatan.

3. Calon yang terdiri dari ahli keluarga terdekat angota yang sedang berkhidmat adalah tidak layak dipertimbangkan atas faktor kepentingan operasi. Ahli keluarga terdekat ditafsirkan sebagai pasangan, anak atau adik-beradik.

4. Tuan/puan juga diingatkan sekiranya didapati tuan/puan memalsukan sebarang dokuman, tidak mengisytiharkan maklumat peribadi (hubungan kekeluargaan) dengan anggota SAMB dan maklumat akademik, secara automatik permohonan tuan/puan terbatal dengan sendirinya.

5. Nama Jawatan yang dipohon hendaklah dituliskan di sudut sebelah kiri atas sampul surat yang berkenaan.

6. Borang permohonan yang lengkap hendaklah dihantarkan kepada :

Jabatan Sumber Manusia & Korporat
Aras 6, Wisma Air
Syarikat Air Melaka Berhad


7. Sebarang surat menyurat mengenai permohonan yang dihantarkan tidak akan dilayan. Sekiranya setelah 4 (bulan) dari tarikh tutup permohonan anda masih tidak mendapat apa-apa jawapan maka anda hendaklah menganggap permohonan anda tidak berjaya.

8. Syarikat Air Melaka Berhad tidak akan membiayai apa-apa tuntutan perjalanan dan perbelanjaan berhubung dengan permohonan dan temuduga.


JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong