Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

179 Kekosongan Jawatan Pembantu Penguasa Kastam WK19 – Tarikh Tutup 31 Mac 2019

Terdapat 179 kekosongan jawatan kosong kerajaan terkini sebagai Pembantu Penguasa Kastam WK19 Mac 2019. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Jabatan Kastam Diraja Malaysia sebagai :

PEMBANTU PENGUASA KASTAM GRED WK19
KEKOSONGAN : 179
*Keutamaan kepada calon yang mempunyai Kepujian dalam matapelajaran Matematik (SPM).

TARIKH TUTUP PERMOHONAN 31 MAC 2019
LOKASI : SELURUH MALAYSIA
SEKTOR : KERAJAAN

Jawatan Kosong Pembantu Penguasa Kastam WK19 Mac 2019


Jawatan Kosong Jabatan Kastam Diraja Malaysia 2019



Jawatan : Pembantu Penguasa Kastam Gred WK19
Kumpulan: Pelaksana
Kem/Jab: Kastam Diraja Malaysia
Kelulusan : SPM/SPM(V)/SPMV/Sijil
Jadual Gaji:
Gaji Minimum : RM1,353
Gaji Maksimum : RM4,005
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM100

Syarat Lantikan:
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
  • warganegara Malaysia;
  • berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut.(Gaji permulaan ialah pada Gred WK19: RM1,353.00); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred WK19: RM1,409.40); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred WK19: RM1,465.80).
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Deskripsi Tugas:
  • Bertanggungjawab menjalankan peperiksaan ke atas barang-barang yang diimport / eksport, bagasi-bagasi penumpang yang keluar / masuk di pintu-pintu masuk negara, membuat imbangan daftar-daftar muatan, mengawal pergerakan barang-barang yang keluar/masuk kawasan-kawasan zon bebas, gudang pengilangan berlesen, gudang-gudang berkesan, kilang-kilang eksais, menjalankan tugas-tugas juruwang serta pungutan duti, menjalankan tugas-tugas pencegahan seperti pengintipan, serbuan, rondaan serta penggeledahan kapal/kenderaan dan membantu dalam tugas-tugas pentadbiran biasa.
CARA MEMOHON

Permohonan hendaklah dibuat menerusi laman portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) di www.spa.gov.my atau sila klik pada link yang diberikan dibawah. Bagi calon-calon yang telah mendaftar permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula. Namun demikian, sila pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku iaitu dalam tempo setahun daripada tarikh mendaftar. Tarikh tutup permohonan baru bagi jawatan ini adalah sebelum atau pada 31 Mac 2019 (Ahad) jam 11.59 malam.

Permohonan jawatan Pembantu Penguasa Kastam WK19 secara online disini
Lihat kekosongan jawatan yang lain :
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM !
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong