Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCameron) – 29 Mac 2019

Jawatan kosong kerajaan terkini di Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCameron) Mac 2019. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia keutamaan diberikan kepada Rakyat Negeri Pahang yang berkelayakan berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup permohonan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCameron) sebagai :

1. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N19
2. PEMBANTU PENILAIAN (KEWANGAN) W19
3. JURUTEKNIK KOMPUTER FT19
4. PEMBANTU OPERASI N11

TARIKH TUTUP PERMOHONAN 29 MAC 2019
LOKASI : MDCAMERON, PAHANG
SEKTOR : KERAJAAN

Jawatan Kosong Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCameron) – 29 Mac 2019


CARA MEMOHON


1. Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan yang boleh diperolehi di laman web MAJLIS DAERAH CAMERON HIGHLANDS di www.mdcameron.gov.my, atau sila klik pada pautan link yang diberikan di bawah.

2. Borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap dan disertakan bersama salinan dokumen seperti berikut :


a) Kad Pengenalan (depan/belakang)
b) Sijil Lahir
c) Sijil/ Diploma yang berkaitan
d) Gambar berukuran passport
e) Salinan Sijil Kelahiran
f) Salinan Sijil Kelahiran Bapa/ Ibu (Kelahiran Negeri Pahang)
g) Lain-lain documen sokongan yang berkaitan.

3. Alamat permohonan dan tarikh tutup

Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantarkan kepada alamat seperti berikut :

YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH CAMERON HIGHLANDS
PETI SURAT 66
39007 TANAH RATA
PAHANG DARUL MAKMUR


TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 29 Mac 2019 (Jumaat) jam 4.00 petang.

4. Permohonan yang berikut AKAN DITOLAK

a) Tidak disertakan dokumen yang diperlukan
b) Borang tidak lengkap diisi
c) Tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam iklan
d) Borang tidak ditandatangani

CATATAN AM

a) Hanya calon-calon yang Berjaya selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.

b) Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas empat (4) bulan hendaklah menganggap permohonan mereka sebagai Tidak Berjaya.

c) Segala perbelanjaan berkaitan dengan urusan temuduga tidak akan ditanggung oleh Majlis Daerah Cameron Highlands dan segala perbelanjaan hendaklah ditanggung sendiri oleh pemohon.

Iklan dan syarat kelayakan jawatan disini

Muat turun borang permohonan jawatan disini
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong