1. JURUFOTOGRAFI GRED SETARA 19
TARIKH TUTUP PERMOHONAN 12 MAC 2019
LOKASI : Langkawi, Kedah
Sektor : Kerajaan/ Berkanun
(1) Syarat Lantikan
Calon bagi lantikan hendaklah mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti serta memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(b) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti dalam bidang fotografi dan/atau kamera filem serta berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan; atau
(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta memiliki Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang fotografi (Photographer) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
(c) Memiliki kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
(d) Lulus Ujian Khas bagi menentukan kesesuaian mutu dan tahap bakat, kebolehan dan daya kreativiti dalam bidang seni foto, kamera filem atau seni lukis sebelum lantikan seperti yang ditetapkan oleh LADA. (Bagi pengisian di Unit Komunikasi Korporat keutamaan akan diberi kepada calon yang mempunyai pengetahuan dalam bidang Seni Reka dan Seni Grafik)
Taraf Jawatan : Contract For Service
(2) Penaklukan Di Bawah Syarat-Syarat Skim Perkhidmatan :
Pegawai      yang      memasuki  perkhidmatan-perkhidmatan      di  atas      adalah      tertakluk kepada    syarat     skim      perkhidmatan berkenaan  yang  sedang  berkuat  kuasa  serta pindaan-pindaan  yang  dibuat  ke  atasnya  dari semasa ke semasa.  
(3) Panduan/Cara Memohon
(3) Panduan/Cara Memohon
3.1   Borang-borang  permohonan  boleh  didapati  dengan  melayari  laman  web LADA di alamat www.lada.gov.my. atau sila muat turun pada link muat turun yang diberikan di bawah. Borang permohonan yang telah siap diisi  hendaklah  disertakan  dengan  salinan  sijil-sijil  atau  salinan keputusan peperiksaan akhir bagi kelayakan yang diisyaratkan dan sekeping gambar terbaru berukuran pasport, sijil kelahiran, surat berhenti sekolah dan lain-lain dokumen yang berkaitan serta disahkan.
3.2 Setiap permohonan mestilah ditulis (NAMA JAWATAN YANG DIPOHON) di bahagian atas sebelah kiri sampul. Permohonan yang telah lengkap diisi dan ditandatangani hendaklah dikemukakan ke alamat seperti di bawah:-
Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Pembangunan Langkawi
Tingkat 3, Kompleks LADA
Jalan Persiaran Putra
07000 Kuah, Langkawi
KEDAH DARUL AMAN
(u.p. Bahagian Sumber Manusia dan Khidmat Pengurusan)
(4) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temu duga. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup permohonan hendaklah menganggap bahawa permohonan mereka tidak berjaya.
(5) Permohonan yang ditolak
5.1 Tidak disertakan gambar terbaru yang berukuran passport seperti ditetapkan;
5.2 Tidak disertakan salinan dokumen yang diperlukan;
5.3 Tidak lengkap dan tidak terang;
5.4 Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan;
5.5 Tidak menandatangani borang permohonan; dan
5.6 Mengemukakan maklumat palsu
(7) Tarikh tutup permohonan ialah pada 12 Mac 2019.

Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah  menghubungi  Bahagian  Sumber  Manusia  dan  Khidmat  Pengurusan  di talian    04-9600600. 
Muat turun borang permohonan jawatan disini
Muat turun borang permohonan jawatan disini